grafik gerak

28 Februari, 2014

Terciptanya Adam

Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok 
yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedoktoran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.



 p/s: copy paste dari entry seseorang,

Wanita

Wanita itu mudah menangis
Wanita itu mudah menitiskan air mata
Wanita itu mudah terasa
Wanita itu mudah merajuk
Wanita itu mudah cemburu


Bukan kerana wanita suka mengada-ngada
Bukan pula minta dimanja-manja

Tetapi kerana Allah memang menciptakan wanita dengan penuh kelembutan
.


Woman 
is created from a rib of a man,
not from his head to topple him,
neither from his feet to be walk upon.

it's from his side,to be treated equal
from beneath his arm,to be protected 
very close to his heart,to be love by him.


25 Februari, 2014

Takperlu Kata Apa2


First Situation

Akak : Dik, ada pakwe?
Cikin : Kenapa kak?
Akak : Aritu akak gode pc, terjumpa gambar awak edit cut paste..tipula lau awak takda kat sini je akak tengok dak kitchen suke main skodeng-skodeng kat awak, macam nak try pon ada.
Cikin : owh..hehe..diorang memang macam tu, takda ape pon..biase je
Akak : Tapikan dik, sorry tau akak cakap nie.. Kenapa akak tak pernah nampak awak call ke mesej dengan pakwe awak?
Cikin : Tu soalan cepucemas kak.. Kite, memang macam nielah.
Akak : ye ke? akak yang dah kahwin suami ada depan mata pon hari-hari mesej macamana awak boleh bertahan macam nie?
Cikin : Serahkan semua pada yang satu kak, ada jodoh ada tak da jodoh redha. (mungkin ini adalah jawapan terbaik untuk cikin katakan)
Akak : Insyaallah, tapi kalau ada orang yang dah nak kat awak terutama bila orang tu memang care tentang awak terima jelah, jangan tunggu pada yang ada bagaikan tiada.
Cikin : ^_^ (hanya Allah yang tahu apa rahsia hati ini)



Second Situation

Pakcik  : Jumpa pulak doremon aku kat sini
Cikin    : Hehe, elehh mula menyakat lah tu..
Pakcik  : Haha, baru nak makan ye doremon
Cikin    :  Eyolah pakcik..
Pakcik : Malam kemarin pakcik nampak ko keluar berdua, lelaki tu sape?
Cikin    : Keluar? aikk bila pulak masanya kite keluar malam nie? berdua dengan lelaki lagi.. Pelandok mana yangn serupa nie?
Pakcik : Iya, pakcik nampak ko keluar dengan lelaki.
Cikin   : Mana ada, pakcik saya dah lama tak keluar malam. Kalau nak keluar pon tunggu la dengan pakwe kite, kalau dengan mya n nad adalah haritu.
Pakcik : tipulah, habis yang pakcik nampak tu sape?
Cikin    : Muka saya nie muka penipu ye? saya kata tak ada ye tidak. Ngan pakwe pon dah berabat tak keluar malam.
Pakcik : Bunian mana yang pakcik jumpa semalam.
Cikin    : Haha jangan nak menakotkan kite, tak pasal-pasal nanti jadi kes.. kite yang tak bersalah jadi mangsa..tah minah mana gaknya tu. Tak caye gi je check keluar masuk, ada tak nama kite keluar malam.
Pakcik : Yelah2 jangan marah, pakcik tanya je..doremon nie, nak mara aje.
Cikin   : Mestilah marah, pakcik berterih tanya macam saya nie tau je.
Pakcik : Ye, ye.. makan elok-elok biar banyak sikit ko tu baru nak sihat..kurus banyak dah tu..
tibe-tibe kene marah
Haa!!! ko makan cabai tu, ko makan lah banyak2.. Dah tau tak boleh makan ko makan juga benda pedas tu, biarlah badan tu betul2 elok. Baru sihat sikit dah makan benda yang tak boleh! Baru lepas pergi klinik kejap lagi nak pergi lagi, pening kepala abang ko tu karang. Sudah-sudah jangan makan lagi..
Cikin   : Kite memang dah sudah nie.
Pakcik : Tu nasi dalam pinggan tu sape nak makan. Habiskan, kesian nasi tu.
Cikin  : Pakcik, kite tak lalu lah nak abiskan, kenyanglah..
Pakcik : Iyalah doremon, susah bebeno nak dikerah, makan pon susah..
Cikin  : Bukan makan je susah, tidor pun susah
Pakcik : tidur pun susah, senang je ubatnya..nanti pakcik kumpul hantu2 suruh dia teman ko, cari yang hodoh2, yang terdengakot2..senanglah tu tidornya
Cikin   : Hahahaa kejam kot, lau ye pon cari lah yang comei lote, boleh berkenalan buat kawan..kahkahkhhh
Pakcik : doremon..doremon.. ada je nakal dia..

  
 hahaa teringat pulak pada cerita Casper yang comei niee...

Last Day Tupai Merah

Last day tok Wardatul Syamiha praktikel kat Eagle, alahaii sedih sikit rasanya maklumlah si kecik nielah yang rajin mengganggu ketenteraman Cikin.. Tak kira di tempat kerja atau di rumah, ada masa ada je dia..dari Kitchen melarikan diri ke P&P,  nak makan lari ke P&P, nak siapkan buku log lari juga ke P&P..terjenguk-jenguk di cermin kaca sebelum masuk.. Kalau kat rumah, asyik nak bertekak dengan Cikin, kite mara dia, dia mara kite..last2 masing-masing tergelak.

Perangai suka menyakat, hack FB orang, suke minta suap..boleh digelar sebagai Tupai Merah, makan punyalah senyap & tekun tapi bila dah kenyang..jaga-jagalah..hihih rindu pulak pada budak nie..

malam sebelum, Cikin bawa dia pergi makan, konon-konon nak buat candle light dinner tapi terjadi karoke diner pulak..haha apa pun, alhamdulillah dapat juga keLuar bertiga sebelum dia pulang ke Kajang..
Insyaallah, ada jodoh kite jumpa lagi ye Tupai Merah.

 Cian dia kene bedal dengan dept. kitchen guna tepung..

 last day, Akak boleh tak kite nak tangkap gambar pakai costumes?

hasilnya... 


COSMODERM

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga cosmoderm yang di nanti-nantikan...punyalah lama Cikin tak gunakan produk nie, hampir setahun menyebabkan kulit menjadi teruk..
hm..berkilo-kilometer drive hanya untuk mencari farmasi yang menjual produk ini di Pord Dickson tapi hampa, semua farmasi yang ada jual produk yang tidak diinginkan..

Farmasi sana kata farmasi sini ada jual, farmasi sini kata farmasi sana ada jual..bila di redah semua farmasi..hampeh..dah redah banyak farmasi ada plak staff farmasi yang kurang budi bahasa, ada juga yang paksa tukar produk..

Adoiii tak faham betullah, takda katakan takda, jangan disua pada yang tidak diingini ini boleh membawa punca temperature naik..

Ikot pada hati nak je kata, Apa guna lah korang nie buka kedai Farmasi kalau barang yang seharus di jual takda.. "Tutup kedailah"..hahahaaa Itu kalau ikot hati yang marah..kihkihh

Akhirnya, minta kakak poskan produk ini dari Ayer Hitam ke Pord Dickson, untunglah ada kakak yang pantas lincah & cergas seperti supperMak!! walaupun dalam keadaan dikatakan sebagai Mak Buyong, hihihiii.. Thank You very Much lah my sister..& Kinabalu Pharmacy Ayer Hitam kerana sentiasa ada saat diperlukan..hihihih  GOOD JOB. (^_^)


 

Cosmoderm online ada, tapi macam tak friendly pulak..adehh (~_^)!
P/S : Jangan mengharap pada yang baru sedangkan yang lama sedia ada..(boleh pulak tak terfikir Aitam)