grafik gerak

13 Disember, 2013

Kami tak Gwiyomi

Setiap kali bergambar pasti tak tertinggal gaya  peace, tiga jari dan jari telunjuk di pipi dan tak sangka pula kini gaya pose yang sering Cikin buat tu di katakan gaya gwiyomi yang femous tahun 2013 nie..

Kalau kawan-kawan tengok gambar Cikin pasti mereka akan kata "nak juga tiru gwiyomi"..

Cikin suka kepada gaya tu sebelum gwiyomi femous dan tak pernah pula Cikin tahu tentang kewujudan gwiyomi sebelum tahun 2013. Apa pun gaya gwiyomi memang comei dan rentak lagunya kelakar seperti bunyi game.. "saya suke saya suke.." yang nie baru Cikin tiru ayat Mei Mei..hehehe

Bagi Cikin  peace tu means aman,serasi bersama gembira, kalau 3 jari pula sebab nampak ganjil juga ada keunikkannya dan jari telunjuk di pipi sebab Cikin tak ada lesung pipit dan nak nampak comei sikit. Apa pun bagi Cikin setiap gaya yang Cikin buat hanya untuk menampakkan perwatakan diri yang ceria dan gembira seperti kanak-kanak Ribena yang sentiasa memperoleh apa yang diingini..heheee (dah dewasa bukan kanak-kanak lagi Cikin)

Gambar nie tahun 2012 time kami pergi bersuka ria ke Padang Besar Kuala Perlis dan menyinggah ke Tasik Darul Aman Jitra Kedah.

My Best Couple..Cik Ayu, kami suka kepada pekara yang sama..
haha gaya Gwiyomi la ye...

"PEACE YOO"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan