grafik gerak

24 Disember, 2013

Kisah Pelajar



Di Perpustakaan Seorang pemuda lalu menanyakan sesuatu kepada si gadis yg sedang duduk di sebuah meja

Pemuda :"Hi, bolehkah saya duduk di sebelah awak?"

Gadis tersebut lalu menjawab dengan suara yg nyaring: " MAAF SAYA BUKAN PEREMPUAN MURAHAN YG AKAN TIDUR DENGAN AWAK MALAM NI!!"

Lalu semua mata yg ada di perpustakaan tersebut tertumpu dan menjeling pada pemuda itu.

Beberapa minit kemudian, gadis itu lalu berjalan kearah pemuda itu sambil berkata: "saya seorang pelajar psychology dan sy tahu apa yg seorang lelaki sedang fikirkan, awak mesti berasa malu sekarang ni kan?"

Pemuda tersebut lalu menjawab dan menjerit sehingga boleh didengari oleh seluruh perpustakaan itu : "APA?? RM500 UNTUK TIDUR SEMALAMAN?? WOW ITU TERLALU MAHAL!!"

Ketika itu juga semua orang di perpustakaan itu kelihatan terkejut sambil berbisik sesama sendiri memandang gadis tersebut lalu permuda itu membisikan sesuatu ke arah si gadis : "Saya pula seorang pelajar undang-undang, dan saya tahu macam mana nk buatkan seseorang itu rasa bersalah."


22 Disember, 2013

Share tentang Alahan Makanan

Dewan Kosmik
  
Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT
 Oleh: Sulastri Samsuddin
Sumber: Dewan Kosmik - September, 2004
  
 

MALAYSIA merupakan negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanannya. Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menikmati sepenuhnya keenakan makanan yang ada. Mengapa? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan mereka mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

Kajian menunjukkan hampir 25% individu mengatakan mereka mengalami alahan pada makanan. Namun begitu, hanya 2.5% sahaja orang dewasa dan lebih kurang enam hingga lapan peratus kanak-kanak yang kebanyakannya berumur kurang enam tahun sahaja yang benar-benar  mengalaminya.   Selebihnya, hanya mengalami ketidakserasian makanan bermaksud tindak balas terhadap makanan yang tidak dikehendaki  tetapi tidak melibatkan sistem imun.

Alahan berlaku apabila sistem imun badan kita bertindak balas terhadap pro­tein tertentu dalam sesuatu makanan. Bagi seseorang yang mengalami alahan pada

makanan, pengambilan yang sedikit sekalipun dapat menyebabkan gejala seperti pembengkakan di bahagian mulut dan tekak, kesukaran bernafas, nafas berbunyi (seperti pesakit asma) atau penurunan tekanan darah secara mendadak yang dikenal sebagai kejutan anafilaksis. Malahan, kesan daripada tindak balas ini kadangkala boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera. 

Ramai yang keliru sama ada mereka mengalami alahan makanan atau ketidaksera­sian makanan. Ini disebabkan kedua-duanya menunjukkan gejala yang hampir serupa. Tetapi ketidakserasian makanan biasanya hanya memberi kesan ringan sahaja seperti rasa tidak selesa pada perut. 

Contoh yang paling biasa dalam kes ketidakserasian makanan ialah tidak toleran laktosa iaitu suatu keadaan ketiadaan enzim tertentu yang diperlukan untuk menghadamkan protein susu. Seseorang itu akan menga­lami kecairan pada najis, kembung perut dan mual selepas mengambil produk tenusu seperti susu atau keju. 

PUNCA

Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan, tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindak balas terhadap makanan tertentu sahaja.

Sistem imun badan kita akan memberi tindak balas berlebihan terhadap protein makanan yang disebut sebagai alergen. Sejenis antibodi yang dipanggil imunoglobulin E atau IgE juga terlibat. Apabila antibodi ini bertemu dengan aler­gen tertentu di dalam makanan, la akan menyebabkan pelepasan bahan kimia tertentu yang akan bertindak di pelbagai bahagian badan terutamanya di bahagian kulit, tekak, saluran pernafasan, usus besar dan jantung sehingga menyebabkan gejala yang tidak diingini.

Kebanyakan makanan yang biasa dikaitkan dengan alahan ialah:
  • Telur
  • Susu
  • Gandum
  • Kekacang (khususnya kacang tanah)
  • Ikan, udang dan makanan laut lain
Seseorang yang mempunyai sejarah ala­han lain seperti ekzema atau asma merupakan individu yang mudah mengalami tindak balas dan biasanya akan membabitkan reaksi lebih serius. Tetapi tidak semua alahan disebabkan oleh IgE, ada juga yang membabitkan mekanisme bukan IgE.

Biasanya, individu yang alah pada salah satu daripada makanan penyebab alahan ini juga akan mendapat alahan kepada makanan yang hampir sama dengannya. Mekanisme ini dipanggil alahan silang makanan. Contohnya:
  • Seseorang yang alah pada kacang hijau tidak mustahil akan mendapat alahan kepada kacang soya dan pis.
  • Sesiapa yang alah pada gandum pula mungkin akan alah pada bijirin rai.
  • Jika alah pada susu lembu, ada kemungkinan akan alah pada susu kambing juga.
  • Ada juga individu yang alah pada debunga, mungkin akan mengalami alahan silang pada makanan seperti kacang hazel, epal hijau, pie dan badam.
TANDA DAN GEJALA

Anda mungkin akan mengalami gejala alahan sejurus selepas mengambil makanan tersebut, diikuti dengan rasa kelegaan buat seketika tetapi akan berlaku gejala ulangan dalam tempoh tiga hingga empat jam berikutnya.

Gejala alahan yang biasa dilihat ialah:
  • Gatal dan ruam pada kulit diikuti dengan pembengkakan.
  • Gatal dan bengkak pada bibir serta mulut.
  • Kejang perut.
  • Mual
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Gatal dan mata berair
  • Hidung berair dan tersumbat
Malahan gejala yang lebih serius yang mungkin berlaku ialah:
  • Kesukaran bernafas
  • Ketat dada
  • Rasa tercekik pada tekak
  • Pening
Kesemua tanda ini menunjukkan reaksi alahan yang serius dan boleh mengancam nyawa. Tidak balas yang teruk ini dinamakan sebagai kejutan anafilaksis. Ini biasa dilihat dalam kes alahan membabitkan kacang, ikan dan makanan laut lain, walaupun alahan sebenarnya boleh berlaku pada sebarang jenis makanan. Mereka yang mempunyai sejarah penyakit asma, alahan semasa kanak-kanak, sejarah alahan makanan yang teruk merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat kejutan anafilaksis.
  • Tindak balas anfilaksis boleh berlaku dengan tiba-tiba atau mungkin bermula dengan gatal dan bengkak pada kulit serta tekak, kemudian semakin teruk dalam tempoh beberapa jam. Kebanyakan orang mengalami tindak balas ini sejurus selepas mengambil makanan tersebut.
RAWATAN

Sekiranya anda mengalami gejala akibat alahan makanan, segera hubungi doktor anda untuk mengetahui tentang rawatan sewajarnya. Untuk gejala yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam pada kulit, rawatan biasa diberikan ialah ubat antihistamina seperti klorfeniramina contohnya PIRITON® dan difenhidramina contohnya BENADRYL®.

Tetapi sekiranya anda mengalami kesukaran bernafas, ketat dada, pening atau lain-lain gejala yang semakin teruk, rawatan yang lebih intensif perlu diberikan. Ini termasuklah penggunaan oksigen, adrenalina, steroid dan ubat-ubatan lain untuk membuka laluan udara dan melegakan gejala tersebut. Tindak balas anafilaksis mungkin mengancam nyawa. Kadangkala rawatan yang agresif dan lebih lama di hospital mungkin diperlukan.

PENCEGAHAN 

Kaedah yang paling selamat untuk mencegah alahan daripada berlaku ialah mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan. Berhati-hati kerana alergen mungkin hadir dalam kebanyakan bahan dalam makanan harian kita. Oleh itu, ia boleh menjadi punca kepada kejadian alahan yang tidak dijangka. Berikut ialah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan alahan makanan bagi individu yang pernah mengalaminya:
  • Sentiasa membaca kandungan yang terdapat dalam makanan pada label.
  • Apabila makan di luar, pastikan anda bertanya bahan digunakan dalam sajian yang hendak anda pesan.
  • Berunding dengan pakar pemakanan untuk merancang menu yang selamat kepada anda.
  • Dapatkan maklumat daripada pertubuhan seperti Food Allergy & Anaphylaxis Network yang berurusan dengan isu khusus seperti alahan makanan di www.foodallergy.org.
  • Dapatkan buku resipi khas untuk menu bebas alahan.
  • Rawatan pencegahan seperti imunote-rapi dan beberapa lagi terapi baru yang menyerang molekul IgE dalam badan masih di peringkat penyelidikan dan belum lagi disahkan dapat mencegah tindak balas alahan.
Justeru, sebagai individu atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai masalah alahan makanan, anda haruslah bertanggungjawab untuk memilih makanan dengan berhati-hati agar kejadian alahan dapat dielakkan. Oleh itu, pendidikan, pertimbangan dan bantuan sewajarnya daripada doktor, pakar pemakanan, penyedia dan pengeluar makanan amat diperlukan. Kualiti hidup seseorang yang mengalami alahan serius mungkin dapat ditingkatkan jika sokongan seumpama ini dapat diberikan secara konsisten daripada semua pihak terbabit.           

oleh sebab artikel nie sangat berguna so Cikin share lah, lagi pun Cikin ada masalah alahan nie..hehehe

17 Disember, 2013

Terawang-awang

Terfikir..

Esok off day, but apa aktiviti yang nak dibuat?
hmm kalau dah malam nie je Cikin dah bosan sampai tak tau nak buat apa lagi kan esok.

: : Oleh kerana dah bosan dengan lagi-lagu semasa Cikin pun dengar lah lagu-lagu musim seperti lagu raya dan lagu orang kahwin.. baru terasa hilang bosan : :

Teringat- ingat pula permintaan :-

Mya : akak kita pergi KFC nak, tak pun kita pergi Dimino's..
Dayah : akak boleh tak esok kalau kita pergi klinik? saya nk amik suntikan ty*** 

Hahha Cikin tak pasti sebutan dan ejaanya yang tahunya, mana-mana staff bahagian kitchen memang wajib ambil suntikan tu sebagai langkah keselamatan. Al-maklumlah, bahagian yang menyediakan makanan di hotel.

Ika : Nanti dapat la korang rasa naik role-coaster dengan kak Ikin..hahaha kita pergi ke Pizza hut pulak eah kak, Domino's tak best.. (feeling exited) 
Mya : ala kak, Domino's!!!
Nad : akak nad kerja esok, akak kata tak cuti so nad xdalah amik cuti..tak dapat la nak ikot!
Ben : krikk krikk..untunglah dapat pergi jalan..Ben keje petang.. (sambil buat muka Ben10 yang dalam kekalahan)

**tukar lah syif** (tergelak Cikin dengan perangai diorang)

Cikin???? ayoyoo... korang mana satu nie, semua nak pergi memang tak cukup masa lah dik-dik sekalian..haha Nad kak minta maaf, tadi dah ada staff baru so akak kena lah amik off day. and one more akak nak bagi tau..sok akak tak janji dapat pergi atau tak sebab kalau akak free petang tu kita pergi ya. kalau akak tak free kita pergi lain waktu..tak kisahlah nak pergi klinik, hospital, domino's pizza hut, role coaster fun-fair..hahaa fun fair kita naik top ten tu yer.."awesome kot" 

*so adalah yang mengeluh adalah yang suka..senyum jelah yang Cikin mampu.

*diorang panggil Cikin akak sebab Cikin lah yang paling berusia diantara mereka..

(24 +01+1989=2014)

oh my, oh my.... 2014 ???

Saya sudah berusia atas 24 tahun..bagaikan tak terasa usia yang semakin meningkat hanya kerana masa banyak di habiskan untuk belajar dan belum masuk 1 tahun pun menjejak kaki di alam pekerjaan.
Kahwin?? terfikir sentiasa..krikk..krikk..krikk..krikkk


14 Disember, 2013

Live is full Wonder

walau Sesukar mana Dugaan dan Ujian yang aku hadapi,
Senyuman tetap di Bibir dan Bahagia akan menJelma Kembali



"ceria dalam duka memberi aura positive dalam diri"

13 Disember, 2013

Kami tak Gwiyomi

Setiap kali bergambar pasti tak tertinggal gaya  peace, tiga jari dan jari telunjuk di pipi dan tak sangka pula kini gaya pose yang sering Cikin buat tu di katakan gaya gwiyomi yang femous tahun 2013 nie..

Kalau kawan-kawan tengok gambar Cikin pasti mereka akan kata "nak juga tiru gwiyomi"..

Cikin suka kepada gaya tu sebelum gwiyomi femous dan tak pernah pula Cikin tahu tentang kewujudan gwiyomi sebelum tahun 2013. Apa pun gaya gwiyomi memang comei dan rentak lagunya kelakar seperti bunyi game.. "saya suke saya suke.." yang nie baru Cikin tiru ayat Mei Mei..hehehe

Bagi Cikin  peace tu means aman,serasi bersama gembira, kalau 3 jari pula sebab nampak ganjil juga ada keunikkannya dan jari telunjuk di pipi sebab Cikin tak ada lesung pipit dan nak nampak comei sikit. Apa pun bagi Cikin setiap gaya yang Cikin buat hanya untuk menampakkan perwatakan diri yang ceria dan gembira seperti kanak-kanak Ribena yang sentiasa memperoleh apa yang diingini..heheee (dah dewasa bukan kanak-kanak lagi Cikin)

Gambar nie tahun 2012 time kami pergi bersuka ria ke Padang Besar Kuala Perlis dan menyinggah ke Tasik Darul Aman Jitra Kedah.

My Best Couple..Cik Ayu, kami suka kepada pekara yang sama..
haha gaya Gwiyomi la ye...

"PEACE YOO"

12 Disember, 2013

Bubble Gergasi

Semalam punya cerita Rabu, 11/12/13 cantik kan date hari semalam..
saya suka, saya suka.. kata Mei Mei..
Al-kisah semalam Cikin bersama dua orang kawan berjimba-jimba di Port Dickson.
Dari Eagle menghala ke PD Water Front untuk Mcd, masa di Mcd tu pulak ternampak kios orang jual Belun Sabun Gergasi..ini peluang untuk bersuka ria, jangan lepaskan.. 
RM 5 untuk 2 skop sabun bubble. Try usyha-usyha orang yang jual tu mana lah tau RM 5 boleh dapat 3 skop ke..haha, tapi saje je nk mengusik.
so bila dah dapat apa yang diinginkan, terkinja-kinjalah menggayakan bubble tu dan perkara yang tidak boleh dipisahkan dari Cikin adalah bergambar..
"Ika, Nad snap gambar akak kat sini", nak sinun, nak sanan..semua tempatlah.. habis penuh memori hp dik-dik sekalian dengan gambo Cikin, nak buat macamana, hp Cikin tetiba kena Virus-Virus Cinta, gambar suma lesap..haish.masalah..






sudah habis sabun bubble kiteorang pon gerak balik, plan A nak pergi ke Pantai Cahaya Bulan, tapi terlebih sudah..ralit beborak terlepas kesana..backup plan B pergi ke pantai Teluk Kemang so ingat nak window shopping lah..tapi sampai sana..hancus sudah..semua gerai dah turun canopy..maknanya..habis..expo dah tamat.
backup plan C, Coconut Shake di Teluk Kemang..nikmatnya..tak dapat Coconut Shake Klebang, CS TK pun boleh je..


Sudah CS TK, plan seterusnya, pusing ke Batu 6, sebab..masa masih panjang minyak kereta pun masih banyak.
So window shoping di sana.. sekadar melihat je..hihi cuci matakan..

Apa-apa pun kami puas hati kerana dapat hangout & snap gambar banyak-banyak terutama gambar cikin..

09 Disember, 2013

Bored

Today I had to do overtime, be a watchman at the photoshop.
Well, I think this is a good time if I spend time with family and friends.
I can play wrestling and boating paper at drain in front of the house with children or plying hide and seek.
If with friends, i can hang out and gossip, convoy for picnics or shopping.

03 Disember, 2013

Happy Ending : Convocation & New Nephew




Enter UUM : 28th June 2009
Exist UUM : October 2012
Convocation  UUM : 30th November 2013

Alhamdulillah, praise to Allah S.W.T, after 3 year, i am Officially Graduated Bachelor Public Management from Universiti Utara Malaysia. 
Thank to my mom & dad because they always with me from the first step until the last step me in UUM.
They are always support me and be my inspiration.
Thanks mom's & dad's for a bouquet of daisy.
i will never forget the story before i get the flower
i am so sorry because make mom's & dad's tired only for a studio photo.
but its okay right, you two make me proud because along the way we walk to go to studio photo mom's & dad's never grumbling and also want to take a couple photo together with out i'am ask.
the distance its to far for you two and make tired but it not be disappointed me as long as you two happy walk together.
thanks mom's because persuade dad's to buy me a bucket of flower that mom's choice.
you two make me touch, i wanna cried but its okay because your daughter is a courageous and strong person.
if i did'not get a bucket flower its still okay because you two more valuable than other.
Thanks also to my brother in law because willing to be a driver from Ayer Hitam to Sintok, my sister and my nephew for waiting me in outside the hall with the hot of sun.
you all's make me proud..
thank you very much..

Love Mom's & Dad's


pandang sini cikin tangkapkan gambar, senyum jangan bekerut muka
aizat :"anas ar tin ane nak nyum"
aiman : "wei anas ar, xyeh"


meet by chance, i am able to captures memorable with three friends
 & in the end
as our promise, we're meet at D'Mas at 5pm. this time for Photo shoot
Sahabat & me..

happy with photo shoot & we're sporting & also for the photographer.. 

On our way to go back from north to south, at 4.45am my brother have text me & telling that her wife save delivered a healthy baby boy.

01 december 2013 at 04.00am
along the way to back home, we got a news that my sister in law has save to birth a baby boy.
we're so happy and the baby is healthy..


baby first day





welcome to our family...Muhammad Iman Darwish