grafik gerak

15 Oktober, 2013

Selamat Menyambut Aidil Adha




Sebut raya semua kata Hooray !

Lembu , kerbau say no way .

Ayam , itik start run away .

Aidil Adha is on the way..


Salam Aidiladha semua. Selamat beribadah qurban dan selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yang berada di Tanah Haram. InsyaAllah semoga amalan kita semua diterima sepenuhnya. Aminn..


Eh awal bangun? Tak sabar-sabar nak pergi sembahyang sunat aidiladha lah tu. Lepas tu continue ikot ayah ke operasi penyembelihan korban. Pengalaman setahun sekali, walaupun tak reti memotong tengok pun dah terasa puas..


Bagitulah Cikin dan adik lelaki ketika Aidil Adha..tapi kali nie, bangun pagi..

Mak!! Cikin tak dapat tengok binatang korban..tak dapat tengok orang sembelih lembu kambing..tak dapat cucuk daging untuk buat sate..tak dapat rasa sup kaki lembu yang ayah masak..

sebabnya..Cikin tak dapat cuti..Cikin kene kerja...

abang sayang pulak bagi text : "esok balik raya tak..kalau balik nak abang hantar tak? esok abang nak pergi johor"
(baiknya hati abang kite nak tolong hantarkan, tapi....)

Cikin :  lebih 10 kali baca text abang, hati bagaikan kaca yang retak 1000 menanti berderai...
(nak balik, tapi tak dapat lah abang..)


Terdengar takbir, hati ikhlas bibir mengukir senyuman
tak pelah, dugaan dan ujian untuk kali ini, Allah menyayangi diriku..
Insyaallah jika dipanjangkan usia dapat berjumpa dengan Aidil Adha yang akan datang..
dapat juga tengok binatang korban, cucuk daging sate dan makan sup kaki lembu masakan ayah..
insyaallah juga jika ada rezki dapat lah melakukan ibadah korban..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan