grafik gerak

17 Oktober, 2013

Leisure Time

Oleh kerana off day dan tak pergi keluar juga tak ada orang yang pelawa untuk bawa keluar, so Cikin melangok jelah dalam rumah first tu wat lah aktiviti mengemas rumah, luar dan dalam then Cikin memasak tok makan tengaharai.

Sambil-sambil makan Cikin mengadap Tv siaran tv3 Wanita Hari ini.. Thniah untuk Raja Azmi kerana telah melansungkan perkahwinan bersama pasangannya Mohd Eddie Ghazali semoga dipanjangkan usia perkahwianan kamu berdua, Insyaallah, Amiin...

Cantik sangat..

Yang tak sangkanya bila pasangan ini mempunyai panggilan manja tersendiri..(sama macam Cikin lah hehe..)
Raja Azmi vs Mohd Eddie (Deer vs Bear)  Cikin????
Cikin vs Cik Abang (Pendek & Tonjang) kalau mak pula panggil kami berdua (ziraffah vs kancil) tergelak sendiri sambil menonton..teringat pula waktu keluar berdasa cik abang, lama dah tak jumpa..

So lepas berangan sekejap Cikin pun pergi menunaikan tiang agama then, mengadap si Lappy...search lah social network FB & Twitter sambil- membaca info kesihatan, tentang kuda, baca entry blogger dan kepenatan akhirnya tertidur.

Alhamdulillah..Cikin tidur lelap tak lama..

Dek kerana dah terlalu bosan Cikin pon plan nak keluar merayap mengelilingi Eagle.. so, ini lah hasilnya..

Tengok orang memancing.. katanya tiap kali memancing kalau dapat belut ini, kite cuma kene putuskan tali pancing tak yah susah-susah nk cabut mata kail sebab belut nie tau cara nak lepaskan diri dari mata kail..

Pemandangan pantai,seronok bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T, rasa tenang dan nyaman.
bila dah berada di pantai Cikin tak pernah rasa bosan malahan Cikin rasa nak habiskan sepanjang masa di pantai, dapat relaxkan diri.


Selepas bersiar-siar di pantai Cikin pergi ke stable & paddock melawat kuda-kuda yang ada..


ini Sunshine Orange & Welth, dua ekor kuda nie sentiasa nak bersama, kalau nak keluar ke paddock  sentiasa nak bersama, jika salah seekor tak keluar yang seekor lagi pasti mengamuk..hehe haiwan pun ada perasaan kawan..couple lah katakan.

ala kesiannya dia!!! yang ini pula namanya Star, suka dok sendiri..
sedih aje muka dia, sebenarnya dia nak minta simpati, Star nak Cikin tunggang dan bawa dia keluar jalan-jalan...Kuda pon tau juga boring kalau asyik menghadap benda yang sama je tiap masa bukan manusia aje..
Maaf ye, tak dapat lah Star, kamu tak di benarkan untuk keluar..

Sambil perhati kuda, datang guest bersama anak-anaknya, lincah dan petah berkata-kata.
Bangga Cikin melihat dua orang budak nie, kecil-kecil dah pandai speaking London..
asuhan.."Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya"
Nasib baik Star pandai melayan budak kecil, kalau lah Star tak suka budak pasti dah di gigit..apa-apa pun Star nie pandai juga melatah, kalau di cucuk pasti dia nak menggigit..hehe


Tetibe.....Star buat perangai..jeng, jeng...

eah apa Star buat?????

owh..baru Cikin tau, sebenarnya Star sedang menggaru pungkoknya yang gatal lah...hihi kelakar..

So sepanjang Off Day itulah aktiviti Cikin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan