grafik gerak

21 Oktober, 2013

Cara Mengatasi Kesedihan

Jangan sangka orang yang sentiasa SENYUM dan KETAWA tu orang yang sentiasa bahagia. Hakikatnya,kebanyakkan daripada mereka akan tersenyum dan ketawa untuk menghilangkan rasa kesedihan selain itu juga untuk menghasilkan aura positive dalam diri mereka agar sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian Allah s.w.t.

Mari lihat cara-cara orang yang bersedih menghilangkan kesedihan...

contohnya 1:
Apabila seseorang itu dalam kesedihan dia akan melihat dan merenung wajah IBUnya lalu tersenyum..ada sesetengah orang dia akan mengusik IBUnya hingga menimbulkan perasaan pelik IBU terhadap dirinya, jika IBUnya marah dia akan tersenyum dan terus memeluk IBUnya sambil ketawa.


contoh 2:
Apabila seseorang itu di dalam kesedihan dia akan lebih banyak mengadu kepada ALLAH S.W.T. dan sekiranya dia menagis, dia akan menangis dengan keinsafan. Tambahan lagi dia akan memperbanyakkan mengaji dan membaca buku berkaitan hal2 agama sebagai amalan dan memperbaiki diri.


contohnya 3:
Jika seseorang tu bukanlah jenis suka hangout ,tetapi bila dia berasa sedih dia akan cuba mengembirakan hatinya dengan bersama kawan-kawannya. Seandainya perasaan sedih itu terlalu membebankan, dia cuba akan menceritakan masaalahnya kepada salah seorang teman yang dipercayainya untuk memperoleh nasihat dan sebagai tempat mengadu. Begitulah pentingnya kawan kepada diri sesorang.


contoh 3:
Apabila berada di dalam kesedihan seseorang itu akan mencari sesuatu perkara yang dapat memberikannya ketenagan..seperti melihat pantai, hutan dan haiwan. Dengan tu dia akan  berfikir dan muhasabah dirinya untuk memperoleh keinsafan.


contoh 4:
Sekiranya seseorang itu sedang bersedih, dia akan berusaha mengembirakan hatinya dengan pergi ke shoping kompleks. Jika tidak membeli dengan cuci mata pun mampu mengembirakan hati. Selain itu dia juga akan cuci mata dengan mengenali dan mempelajari ragam manusia. Melalui cara ini juga akan membuat renungan mengenai dirinya dan membuat muhasabah diri.


contoh 5:
Apabila seseorang itu sedang berasa sedih, dia akan cuba menghilangkan kesedihan dengan mengambil jumlah makanan yang banyak. Selalunya orang itu akan mengambil makanan yang mengandungi jumlah kolestrol yang tinggi. Ini akan mengakibatkan peratus untuk lebihan berat badan adalah tinggi dan sekiranya dia besedih untuk jangka masa yang panjang seseorang itu mampu mengalami masalah kegemukkan.


contoh 6:
Jika seseorang itu dalam kesedihan dia akan berusahan untuk menbusykan diri, hal ini kerana dia tidak mahu memirikan sesuatu perkara yang tidak memberikan faedah, bagi dirinya kesedihan hanya mampu memberi aura negative di mana ia melemahkan jiwa dan semangat.



contoh 7:
Apabila seseorang itu di dalam kesedihan dia juga cenderung untuk berkongsi dengan haiwan peliharaannya. Ada orang akan meluahkan perasaan sedih terhadap kucing atau ikan peliharaanya. Jika kucing menjadi sasaran, dia akan memeluk erat kucing tersebut sambil menceritakan kesedihan. Jika ikan menjadi sasaran, hal ini bergantung kepada saiz aquarium ikan..seandainya saiz aquarium adalah kecil dia akan memegang bekas tersebut dan sekiranya saiz adalah besar dia akan melepekkan pipinya di cermin aquarium tersebut, sambil bercerita.


contoh 8:
Mereka yang dalam keadaan sedih juga akan mengelurkan air mata
sebagai salah satu cara untuk mengadu pada diri disamping mampu membina semula kekuatan yang telah hilang.



contoh 9:
Selain itu besar kemungkinan juga orang yang bersedih akan mengadu pada bantal peluk, tedy bear, gambar atau mungkin dia akan memukul bantal atau tedy bear sebagai tempat melepaskan geram.


contoh 10:
Terdapat juga seseorang yang berada di dalam kesedihan akan cenderung untuk aktif menonton cerita-cerita lawak dan terdapat juga orang yang lebih gemar untuk bermain game sebagai tempat untuk melepaskan perasaan sedih.


contoh yang terakhir adalah:
Seandainya seseorang itu di dalam kesedihan dia akan update status FB, Twitter, atau Tagged dengan berharap ada seseorang yang prihatin akan like dan komen untuk bertanyakan apa yang dialami.



Jadi, anda adalah diantara yang mana jika berada di dalam situasi ini??
Kalau Cikin, memang semua lah..hihihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan