grafik gerak

10 September, 2013

Trekking Tanjung Tuan

I love activity..
Selain daripada aktiviti Indoor, Cikin juga gemar kepada aktiviti Outdoor sebab boleh refresh kepala yang bersarang selain tu juga dapat menguji kemampuan dan ketahanan Cikin untuk aktiviti riadah.

Dah lama sebenarnya kisah treking ini, cuma Cikin tak sempat update, maklumlah busy dengan kerja.
So nak dijadikan cerita, aktiviti nie Cikin with Staff Ilham, Capten Azizi, Umar & Izan awalnya penyertaan ramai tapi tetibe je ada yang tarik diri, so berempat jelah trekking.
 
 Umar yang peramah & mesra

 Norizan yang gemar kepada aktiviti outdoor, jurulatih rupanya dia nie..

yang budak nie pulak lepas waktu keje terus bersiap, 
yelah beriya-iya nk Treking Tanjung Tuan untuk first time..
main sebat je apa jumpa janji dapat ikot nasibaik keje kat situ juga, kalau tidak, confirm kene tinggal.. 

  ingatkan dah sampai menara api dah selamat rupanya ada lagi halangan, 
semput tahap minta nyawa, maklumlah dah bertahun tak trekking badan pun dah bertambah lemak..hihi

nielah menara api, tapi tak sempat nak naik sebab dah petang so kene teruskan perjalanan.
sempat lagi posing di kaki bukit, kat sinilah Izan kata dia nampak penyu dengan jelas dari atas..

Jerebu yang melanda memyebabkan pemandangan kabur.

 Kami teruskan perjalanan untuk trek yang seterusnya.

dulu tempat nie kawasan orang buat pemujaan,  tapi tak taulah sekarang.

 lupa pulak perigi nie nama ape..

cantikkan pemandangan nie

sambil berehat Capten sempat bercerita tentang pengalaman beliau & sejarah yang di kawasan ini. sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang.
keinginan Cikin nak ambil banyak gambar tapi, teringat pesanan Emak Cikin batalkan hasrat.
Terlupa pulak, sebelum mulakkan trekking, Cikin n geng sempat naik Menara PNB Ilham Resort sementara menunggu Capten.


Cikin harap kami bertiga dapat lakukkan aktiviti nie bersama lagi..

Lokasi : Tanjung Tuan, Port Dickson
Berhampiran PNB Ilham Resort, Casa Rachodo, Permaisuri
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan