grafik gerak

24 September, 2013

Misi Pertama:Berkuda

Sepetang bersama Sunshine Orange di sekitar Pantai Eagle Ranch Resort.

Alhamdulillah, akhirnya laluan untuk belajar menunggang kuda dah terbuka, gembira sangat. Ini lah keuntungannya bila bekerja di dalam syarikat yang mempunyai kemudahan untuk riadah. Lepas nie boleh lah Cikin belajar menunggang kuda, sejak zaman sekolah lagi Cikin sudah berhasrat untuk pandai menunggang kuda, belajar berenang dan memanah.
 Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”  [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Bila bekerja di Eagle Ranch Resort nie peluang tu sudah ada di depan mata tinggal mahu atau tidak sahaja.
Orang yang nak mengajar pon dah ada, hehe tunggu Cikin green light dia pon On le..huhhu

 Insyaallah, petang nie Cikin akan berkuda lagi...
Tapi nak naik kuda nie kena hati-hati, kecederaan adalah ditanggung diri sendiri, tettt...

Uncle nie Guide untuk aktiviti Horse Riding.

 Pemandangan sekitar Pantai Eagle

Kawasan nie pon ada nelayan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan