grafik gerak

26 September, 2013

i LOVE Jeserlin



Alhamdulillah, barang yang di pesan dah sampai akhirnya, terima kasih kak Atie.
Lama dah ku mencari JERSLIN OIL di kedai, kedai tapi tak pernah jumpa. Akhirnya Cikin berjaya menemukannya secara jualan online, so tindakan pantas dengan membuat call dan bank-in secara on the sport...lega rasanya bila dah berjaya menemui dan lega kerana barang tersebut sudah boleh dimiliki dan digunakan.

Alhamdulillah banyak kegunaan minyak nie, kalau nak tau lanjut boleh lah search ke web nie  http://minyakjerslin.blogspot.com/ pemiliknya bernama Kak Atie.


Cikin nie banyak sangat alahan, sebab tu menggunakan minyak nie. Antaranya masalah gatal-gatal pada kulit, sesak nafas, parut pada kulit. Selepas Cikin menggunakan produk ini masalah yang Cikin hadapi telah berkurangan dan kulit nampak halus sebab tulah Cikin beria-ia nak peroleh minyak nie, hingga sanggup meronda keseluruhan kedai hanya nak perolehinya nie. Cuma Cikin tidak menggalakkan jika minyak nie disapu pada kulit muka yang berjerawat, heheh..tak sesuai untuk kulit berjerawat, kalau untuk muka kene guna bedak sejuk yang tersendiri.


Selain  masalah tu, Cikin ada masalah jerawat, so Cikin pon ada memesan bedak sejuk, tapi ini untuk penggunaan pertama kali, insyaallah harapnya bedak sejuk ni berkesan pada Cikin.

Pape pon, bagi sesiapa yang memang mempunyai masalah-masalah yang tu boleh lah mencuba, jangan risau sebab Cikin dah menggunakannya dan ternyata ia berkesan, Terutama bagi sesiapa yang mempunyai bekas-bekas parut pada kulit gunakan setiap hari insyaallah dalam seminggu kesan parut akan pudah.
Dulu Cikin ada banyak kesan parut pada tangan sebab cuai waktu memasak tapi kini dah hilang semua parut-parut tu...berserilah kulit tangan waktu nak sarung cincin nanti, mak mertua pasti suka hahhaaa...
(berangan je takpe kan)

mengejutkannya adalah pengeluar sebenar produk ini adalah di Ulu Tiram Johor, macam mana Cikin nie orang Johor tapi tak tahu tentang perkara ini???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan