grafik gerak

28 September, 2013

Air Mata Pengubat Rindu



Ya Allah sejak akhir-akhir ini air mata sering mengalir laju.

Setiap kali letakkan kepala di bantal hati sangat terasa sunyi, terasa sangat kekurangan pada diri ini,
waktu tu juga air mata mengalir ke pipi.

Mak Ayah Cikin rindu.. Rindu yang tak terluah pada Mak Ayah, ingin  peluk, mohon ampun dan maaf atas semua kesilapan Cikin pada Mak Ayah. Diri ini terlalu lemah untuk melawan hawa nafsu, terlalu lemah untuk menjadi insan sempurna seperti yang Mak Ayah harapkan. Ampunkan segala dosa Cikin, Mak Ayah. Ya Allah, ku mohon keampunan dari-Mu Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku ini,sesungguhnya aku adalah hambamu yang kerdil yang hina dan sering ingkar pada arahan-Mu,Ya Allah kau haramkanlah wajah mak ayah ku dari si sambar api neraka Ya Allah, aku tidak snggup Ya  Allah..pada-Mu aku bermohon, pada-Mu aku meminta dan pada-Mu jualah aku berserah. Sesungguhnya engkau yang Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..amiinn..

Syahdu sangat hati ini bila mengenangkan segala-galanya..semakin laju air mata ini mengalir.

Bila memandang sejadah pemberian Ayah, memandang telekung pemberian Emak.

Mereka telah menjalankan tanggungjawap mereka dengan sebaiknya dan kini adalah tanggungjawap aku untuk memberikan yang terbaik untuk mereka. Insyaallah..

Mak Ayah Cikin terasa dah terlalu lama sangat kita tak berjumpa, apa yang mampu hanya mendengar suara, itu pun Mak yang rajin bercakap Ayah pula sering melarikan diri hanya menghulurkan hp pada Mak sedangkan waktu tu Cikin ingin berborak dengan Ayah.

Dalam hati mengatakan tak apalah ayah memang macam tu, tak banyak bercakap yang pasti dah dengar suara walaupun sekejap jadilah..

Cikin tahan air mata, setiap kali berborak dengan Mak, tak mampu Cikin menyatakan kerinduaan ini pada Mak. Hanya menyatakan kegembiraan untuk Mak tau bahawa anak mak adalah insan yang kuat dan mampu melakukan apa saja untuk Mak dan Ayah, sungguhpun dalam gelak tawa ada terselit kesedihan.

Cikin harap, dengan bantuan Cikin yang tak seberapa dapatlah meringankan beban yang telah Mak Ayah tanggung selama membesarkan kami semua. Insyaallah..

Menitis air mata ini sewaktu mencoretkan luahan perasaan, tak dapat dinafikan hanya air mata yang sering menemani diri yang sepi kerana air mata itu tak mungkin dimiliki..

Insyaallah, ada rezki, tiada halangan Cikin balik ziarah Mak Ayah dan yang lain.






Cikin kau terlalu istimewa, kau anak yang sering memperoleh perhatian dari Mak dan Ayah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan