grafik gerak

28 September, 2013

Sebiru Hari Ini





Sebiru Hari Ini nyanyian Edcoustic..Cikin Suka sangat pada lagu ni sebab ia mengenangkan Cikin pada semua teman-teman yang Cikin sayang, harapnya mereka semua dalam keadaan sihat sentiasa...Jom nyanyi...



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang

Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah






bila tengok Patrick teringat seorang teman yang suka sangat pada objek pink nie..
berkawanlah seperti patrick & spangebob 
sungguh pon lain colour lain shape, mereka tetap bahagia... ^_^

kepada Awak Jodoh saya

Aku tidak menginginkan yang sempurna
kerana kesempurnaan itu tiada makna,
Aku tidak menginginkan yang kaya 
kerana kekayaan itu hanyalah kemegahan semata,
yang aku inginkan adalah si dia 
yang dapat memberikan kasih sayangnya tanpa berkira, 
menjalankan tanggungjawap yang telah diamanahkan kepadanya, 
menjadi bapa kepada anak-anakku yang akan lahir kedunia dan 
membahagiaakan hati ku untuk selamanya..

Ya Allah, jika benar dia pasangan hidupku maka kau kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku, dan sekiranya dia bukan jodoh ku maka kau hilangkanlah dia dari pandanganku secara perlahan dan damaikanlah hatiku dalam menerima segala ketentuan-Mu..amiinn..






Air Mata Pengubat Rindu



Ya Allah sejak akhir-akhir ini air mata sering mengalir laju.

Setiap kali letakkan kepala di bantal hati sangat terasa sunyi, terasa sangat kekurangan pada diri ini,
waktu tu juga air mata mengalir ke pipi.

Mak Ayah Cikin rindu.. Rindu yang tak terluah pada Mak Ayah, ingin  peluk, mohon ampun dan maaf atas semua kesilapan Cikin pada Mak Ayah. Diri ini terlalu lemah untuk melawan hawa nafsu, terlalu lemah untuk menjadi insan sempurna seperti yang Mak Ayah harapkan. Ampunkan segala dosa Cikin, Mak Ayah. Ya Allah, ku mohon keampunan dari-Mu Ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku ini,sesungguhnya aku adalah hambamu yang kerdil yang hina dan sering ingkar pada arahan-Mu,Ya Allah kau haramkanlah wajah mak ayah ku dari si sambar api neraka Ya Allah, aku tidak snggup Ya  Allah..pada-Mu aku bermohon, pada-Mu aku meminta dan pada-Mu jualah aku berserah. Sesungguhnya engkau yang Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..amiinn..

Syahdu sangat hati ini bila mengenangkan segala-galanya..semakin laju air mata ini mengalir.

Bila memandang sejadah pemberian Ayah, memandang telekung pemberian Emak.

Mereka telah menjalankan tanggungjawap mereka dengan sebaiknya dan kini adalah tanggungjawap aku untuk memberikan yang terbaik untuk mereka. Insyaallah..

Mak Ayah Cikin terasa dah terlalu lama sangat kita tak berjumpa, apa yang mampu hanya mendengar suara, itu pun Mak yang rajin bercakap Ayah pula sering melarikan diri hanya menghulurkan hp pada Mak sedangkan waktu tu Cikin ingin berborak dengan Ayah.

Dalam hati mengatakan tak apalah ayah memang macam tu, tak banyak bercakap yang pasti dah dengar suara walaupun sekejap jadilah..

Cikin tahan air mata, setiap kali berborak dengan Mak, tak mampu Cikin menyatakan kerinduaan ini pada Mak. Hanya menyatakan kegembiraan untuk Mak tau bahawa anak mak adalah insan yang kuat dan mampu melakukan apa saja untuk Mak dan Ayah, sungguhpun dalam gelak tawa ada terselit kesedihan.

Cikin harap, dengan bantuan Cikin yang tak seberapa dapatlah meringankan beban yang telah Mak Ayah tanggung selama membesarkan kami semua. Insyaallah..

Menitis air mata ini sewaktu mencoretkan luahan perasaan, tak dapat dinafikan hanya air mata yang sering menemani diri yang sepi kerana air mata itu tak mungkin dimiliki..

Insyaallah, ada rezki, tiada halangan Cikin balik ziarah Mak Ayah dan yang lain.






Cikin kau terlalu istimewa, kau anak yang sering memperoleh perhatian dari Mak dan Ayah.



Friends Forever After


Teman ingat tak lagi, di UUM ini lah tempat kita belajar, bertemu dan mencipta pelbagai kenangan. Disini jugalah tempat kita berpisah. Namun "Perpisahan Bukanlah Titik Nokhtah dalam Persahabatan". Mungkin secara nyata kita tidak berjumpa tapi di alam maya kita sentiasa ada.

Saling berkongsi cuma keadaan itu terlalu berbeza. Tiada lagi bersalaman, tiada lagi bertepuk tampar juga tiada lagi tangisan bersama. Kenanglah waktu kita Teman, bila kita slide semua album gambar yang kita miliki pasti kita akan tertawa, malu dan rindu pada semua kenangan yang telah kita bina bersama.

Terdetik di dalam hati  " Ya Allah, rindu aku pada mereka, bila waktunya dapat aku berjumpa dan berkumpul dengan mereka semua. Ya Allah izinkanlah aku mencipta memori terindah bersama mereka semua, kerana mereka adalah teman yang setia bersamaku ketika susah dan senang, teman menangis dan ketawa dan mereka jugalah teman yang memberi dorongan juga semangat ketika aku tersunggkur dalam menghadapi ujian mu.
Teman, Aku sayang kamu.

satu-satu nya gambar yang ada kita semua

Jangan lupa lagu kita nyanyi di Dewan Muadzam Shah
 "Biru Warna"

Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera

UNIUTAMA ibu yang tercinta
Kami doa lanjut usia bahagia
Kami janji hormati pesanmu
Ilmu budi dan bakti
Ilmu budi dan bakti

Kita nyanyi di Dewan Bukit Kachi
"Trauma Ayumi Hamasaki"
"Sahabat Aizat"

Sahabat mengapa kau pergi
Tinggal akku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat Ingatlah Kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tik disini lagi

Sahabat aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimi
Kau tahu ku tak bisa
Beanjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembali

Tapi ada lagi satu lagu yang khusus untuk Bukit Kachi yang tak ingat senikatanya.. ^_^




cak, cak, cakk...

candid yang menyerlah kasih sayangnya

1,2,3 Kak Long, Adik & Kak Ngah
bulan bufday yang sama
6,10 & 24 January 1989

GENG BPM

GENG BDM




Rinduku pada kamu semua seperti keinginan kucing nie pada ikan ^_^


27 September, 2013

Lovely








Cikin suka Membela

Sejak dapat pegang kuda nie, Cikin bersemagat sungguh untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuda.
Tentang sifat, pemakanan, cara jagaan dan berbagai lagi lah.
Kalau boleh, kalau ada rezki lebih Insyaallah Cikin nak mempunyai sepasang kuda peliharaan, maklumlah Cikin memang suka pada haiwan. Kalau boleh kat rumah tu nak ada semua jenis haiwanlah hehe..
Boleh bikin zooo tu mak kata..






jenis haiwan-haiwan yang atas tu sumenya Cikin dah ada, so yang bawah nie pulak jenis-jenis haiwan yang cikin berkeinginan nak bela..hihiihi jangan mareee..






kambing yang pandai senyum pon Cikin nak bela tau..huhuu..paii

26 September, 2013

Erti Bacaan

Bacaan-bacaan ini sangat ringan untuk dilakukan tapi berat timbangan amal yang kita dapatkan. Namun bacaan yang sangat ringgan ini adalah bacaan yang jarang diamalkan kerana kebanyakkan daripada kita sering lalai dan mengangapnya terlalu mudah hingga kita lupa akan manfaat dan kebaikkkannya.
~ Tasbih "Subhanallah" yang bererti "Maha Suci Allah" 
~ Tahmid "Alhamdulillah" yang bererti "Segala Puji Bagi Allah" 
~ Takbir "Allahuakbar" bererti "Maha Besar Allah" 
~ Tahlil "Laa ilaha Illallah" 
bererti "Tiada Tuhan Selain Allah" 
~  "Audzubillah himinasyaitonirrajim" 
bererti "Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk"
~ "Naudzubillah himinasyaitonirrajim" 
bererti "Kami berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk"
~ Istighfar "Astaghfirullah hal adzim" 
bererti "Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung" 
~ Istighfar Jamak "Nastaghfirullah hal adzim" 
bererti "Kami mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung" 
Beberapa Erti Hadits Nabi Muhammad SAW Berkaitan Bacaan Zikir :
- “Barang siapa yang membaca: “Maha Suci Allah dan aku memuji-Nya”, dalam sehari seratus kali, maka kesalahannya akan dihapuskan sekalipun seperti buih air laut.”
- “Sungguh, apabila aku membaca: ‘Subhaanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar’. Adalah lebih ku cintai dari apa yang disinari oleh matahari terbit."
- “Apakah seseorang di antara kamu tidak mampu mendapatkan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang di antara yang duduk bertanya: “Bagaimana mungkin di antara kita bisa memperoleh seribu kebaikan (dalam sehari)?” Rasulullah r bersabda: “Hendaklah dia membaca seratus tasbih, maka ditulis seribu kebaikan baginya atau dihapuskan darinya seribu keburukan.”

Menceburi Bidang Perhotelan

Menjejakkan kaki di Hotel yang kedua

Kalau sebelum ini Cikin bekerja sebagai Sales Coordinator, sekarang nie Cikin telah mengubah angin dengan berkerja sebagai Photographer di Eagle Street Photo & Print Shop.

So kat sini Cikin Belajar dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop, dengan permulaan hanyalah umpama tin kosong kini Cikin adalah tin yang berisi..hehehe, maksudnya sebelum nie pengetahuan Cikin tentantg Photoshop hanyalah untuk basic tapi kini Cikin dah semakin menunjukkan peningkatan walaupun sebenarnya ilmu Cikin hanyalah ciput..heheee.. Usaha Cikin Usaha, jangan putus asa..apa yang kau inginkan haruslah di teruskan jangan mudah mengalah ye..

So kat sini Cikin akan mengambil gambar customer yang ingin membuat poster sebagai tanda kenangan. Kenelah mesra, tau nak sesuaikan pakaian dengan customer, kene tunjukkn customer gaya pose yang menarik. Selain tu juga, kene tau cara untuk amik mood budak-budak..hihih nielah yang mengambil masa bila sesi photo-shoot, bila ada yang meragam tak nak bergambar sedangkan mak bapak dah beriya-iya, ada baby yang nak tidur & tertidur, ada yang tak nak tukar costume, macam-macamlah ragam customer yang Cikin kena hadapi. Tapi yang pasti mereka berpuas hati dengan hasil kerja dan layanan Cikin.

Gambar kebanyakan secara in-door je, sebab Cikin sendiri sahaja yang uruskan tempat nie, jadi tak mampu lagi nak buat Photo-shoot secara out-door

belajar penggunaan text
 belajar paste gambar

 eah..eah..termasuk juga..hehehe
my beloved

gambar-gambar yang telah di edit tak boleh nak publish sebab nanti melanggar peraturan kami, hehee

lokasi : Eagle Street Photo & Print at Eagle Ranch Resort

i LOVE Jeserlin



Alhamdulillah, barang yang di pesan dah sampai akhirnya, terima kasih kak Atie.
Lama dah ku mencari JERSLIN OIL di kedai, kedai tapi tak pernah jumpa. Akhirnya Cikin berjaya menemukannya secara jualan online, so tindakan pantas dengan membuat call dan bank-in secara on the sport...lega rasanya bila dah berjaya menemui dan lega kerana barang tersebut sudah boleh dimiliki dan digunakan.

Alhamdulillah banyak kegunaan minyak nie, kalau nak tau lanjut boleh lah search ke web nie  http://minyakjerslin.blogspot.com/ pemiliknya bernama Kak Atie.


Cikin nie banyak sangat alahan, sebab tu menggunakan minyak nie. Antaranya masalah gatal-gatal pada kulit, sesak nafas, parut pada kulit. Selepas Cikin menggunakan produk ini masalah yang Cikin hadapi telah berkurangan dan kulit nampak halus sebab tulah Cikin beria-ia nak peroleh minyak nie, hingga sanggup meronda keseluruhan kedai hanya nak perolehinya nie. Cuma Cikin tidak menggalakkan jika minyak nie disapu pada kulit muka yang berjerawat, heheh..tak sesuai untuk kulit berjerawat, kalau untuk muka kene guna bedak sejuk yang tersendiri.


Selain  masalah tu, Cikin ada masalah jerawat, so Cikin pon ada memesan bedak sejuk, tapi ini untuk penggunaan pertama kali, insyaallah harapnya bedak sejuk ni berkesan pada Cikin.

Pape pon, bagi sesiapa yang memang mempunyai masalah-masalah yang tu boleh lah mencuba, jangan risau sebab Cikin dah menggunakannya dan ternyata ia berkesan, Terutama bagi sesiapa yang mempunyai bekas-bekas parut pada kulit gunakan setiap hari insyaallah dalam seminggu kesan parut akan pudah.
Dulu Cikin ada banyak kesan parut pada tangan sebab cuai waktu memasak tapi kini dah hilang semua parut-parut tu...berserilah kulit tangan waktu nak sarung cincin nanti, mak mertua pasti suka hahhaaa...
(berangan je takpe kan)

mengejutkannya adalah pengeluar sebenar produk ini adalah di Ulu Tiram Johor, macam mana Cikin nie orang Johor tapi tak tahu tentang perkara ini???

24 September, 2013

Misi Pertama:Berkuda

Sepetang bersama Sunshine Orange di sekitar Pantai Eagle Ranch Resort.

Alhamdulillah, akhirnya laluan untuk belajar menunggang kuda dah terbuka, gembira sangat. Ini lah keuntungannya bila bekerja di dalam syarikat yang mempunyai kemudahan untuk riadah. Lepas nie boleh lah Cikin belajar menunggang kuda, sejak zaman sekolah lagi Cikin sudah berhasrat untuk pandai menunggang kuda, belajar berenang dan memanah.
 Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”  [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Bila bekerja di Eagle Ranch Resort nie peluang tu sudah ada di depan mata tinggal mahu atau tidak sahaja.
Orang yang nak mengajar pon dah ada, hehe tunggu Cikin green light dia pon On le..huhhu

 Insyaallah, petang nie Cikin akan berkuda lagi...
Tapi nak naik kuda nie kena hati-hati, kecederaan adalah ditanggung diri sendiri, tettt...

Uncle nie Guide untuk aktiviti Horse Riding.

 Pemandangan sekitar Pantai Eagle

Kawasan nie pon ada nelayan..


Tiga Aktiviti Sukan yang diGalakkan




Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”  [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

BERKUDA
Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan ‘target’ pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.

“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten

SUMBER : Amekaw