grafik gerak

19 Ogos, 2013

Cerita sebelum Raya

Alhamdulillah...dah masuk Syawal yang ke-12, Insyaalllah kalau dipanjangkan umur berjumpa dapatlah berjumpa dengan Bulan Ramadhan untuk tahun yang seterusnya..

Da belapuk da cerita yang Cikin nk bgtau nie tapi nak bgtau juga..hehehee..

Malam sebelum raya Cikin sakan nak pegi expo Parit Raja sebelum tu pagi nya cikin dah ke Pasar Rabu di Ayer Hitam bersama kakak abang abang. Jualan murah jubah harga RM50 sehelai, jumpa dengan excited nak membeli lelahnya bila dah meronda keseluruhan pasar, cikin tak dapat saiz jubah yang sesuai, semuanya tinggai saiz besar. Hampa kecewa tak nak beli baju kesian pada abang dan kakak terutamanya yang sedang hamil, melaratkan diri mencari baju tok adik dia nie hehe, tapi akhirnya cikin pergi ke gerai yang terakhir terjumpa dengan sehelai jubah Purple yang menarik minat adalah aksesori  pearls yang dihias. Walaupun simple tapi cukup suka harga pon tak boleh nak kata RM100 huhuii melayang rasa tapi tak apa lah, demi pearls hehe... Lega rasanya bila niat nak beli jubah terlaksana..

Tu pagi last puasa, yang nie malam sebelum raya. Cikin pakat pergi ke Expo Parit Raja, niat nak meneman aje, tapi hampeh...pantang nampak kasut comei nak beli lagi2 bila harga murah..kasut raya Cikin RM15 je, yang penting selesa. the terjumpa pula gerai jual kasut dengan harga 2pasang RM30, memang tercari2 lah design..tapi bukan jenis kasut beraya yang cikin pilih..kasut buat hangout je. Sayangnya bila kasut yang cikin minat tu ada dua colour & keduanya tak da saiz tok Cikin.. Tapi sempat juga Cikin membeli kasut design lain.

Alhamdulillah, beraya dengan menggunakan duit gaji bekerja di Port Dickson.

 
Tak dapat miliki, bergambar pun jadilah..

Nielah baju raya Cikin, Jubah Purple Pearls brand Bean's
dengan kasut raya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan