grafik gerak

22 Februari, 2013

Teh Krisantimum

"Drinking a daily cup of Tea will surely starve the apothecary"


Begitulah peribahasa cina bagi menyifatkan kepentingan meminum teh herba. Cikin suka sangat minun Teh Krisantimum sedap dia sedap dan mudah nak disediakan menggunakan bunga krisantimum kuning atau putih yang telah dikeringkan.

Cara penyediaan mudah je, resukan bunga didalam air hingga mendidih 
kemudian tambahkan gula atau madu sebagai perasa.

Krisantimum nie ada khasiat A, B dan C..

Khasiat A dimana ia kaya dengan beta keratin yang biasanya di miliki oleh buah-buahan berwarna kuning dan herba. Beta keratin ini berfungsi untukmempertingkatkan sistem imunisasi tubuh di samping mengurangkan risiko buta atau hilang fungsi penglihatan.

Khasiat B pula ia kaya dengan  vitamin B seperti "choline" dimana ia mampu untuk mempertingkatkan kadar pembakaran lemak, 'folacin" pula membantu untuk memulihkan sel tubuh. Kandungan "niasin" membantu dalam melancarkan sistem saraf serta usus dan kandungan "riboflavin" mampu untuk membanu dalam penurunan berat badan.

Khasiat C yang terdapat didalam krisantimum dapat membantu dalam mencegah penakit skurvi, menghindari pelbagai masalah mata disamping membantu mencegah dan meredakan selesema.

Selain itu juga krisantimum nie mempunyai kandungan kalsiumyang baik untuk pembentukan tulang dan gigi, zat besi bagi membantu melancarkan aliran darah dan oksigen didalam tubuh, magnesium yang baik dalam mambantu lebih dari 300 jenis fungsi dalaman tubuh dan potasium untuk kesihatan kardiovaskular dan membantu menstabilkan tekanan darah. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan