grafik gerak

15 Februari, 2013

Sejarah Solat 5 Waktu

Kali nie Cikin nak kongsikan pembacaan Cikin berkaitan Sejarah Solat yang Cikin peroleh dari pada sebuah buku diari yang Cikin beli semasa di U dulu.

nielah bukunya, Cikin beli dengan harga RM5 buku nie merupakan diari pendek disamping mempunyai  mempunyai isi yang amat berguna untuk dibaca.

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhamad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat baginda ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh keluar, Nabi Adam a.s pun menunaikan solat 2 rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda syukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia Pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu takala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahin a.s sebanyak 4 rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya.
Rakaan Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya diganti dengan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang menunaikan solat asar ialah Nabi Yunus a.s takalah baginda dikelurkan Allah SWT dari perut ikan Nuh. Ikan Nuh telah memuntahkan nabi di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah nabi lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan itu.

Rakaat Pertama :Kelam dengan kesalahan.
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : Kelam dalam perut ikan Nuh.

MARGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Marghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s, lalu sembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tomahan terhadap ibunya Siti Mariam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solah Iayak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaaan dukacita, Allah SWT menghilangkan semua perasaaan dukacitanya itu pada waktu Isyak terakhir. Lalu sembahyanglah  Nabi Musa a.s sebagai tanda kesyukuran.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan