grafik gerak

18 Februari, 2013

BFF Wedding

Ahad, bersamaan 17 Febuary 2013 tamatlah status bujang, salah seorang daripada BFF Cikin, terharu Cikin dengan status baru dia yang bergelar seorang isteri. Tema perkahwinan mereka adalah Garden dengan sebanyak 4 atau 5 persalinan. Majlis dia sungguh meriah dan secara besar-besaran maklumlah anak perempuan sulung dari 5 adik beradik.

Sepanjang sebelum majlis berlansung Cikin & Zue menjadi peneman Amy manakala Nana tidak dapat hadir pada malam khatam dan berinai disebabkan dia tinggal di JB. Cikin & Zue tidur di rumah Amy, almaklumlah meneruskan tradisi orang melayu di mana bakal raja sehari ditemani oleh sahabat sebelum dan selepas majlis.
Disana jugalah Cikin dapat bertemu dengan bekas rakan-rakan sekolah setelah 7 tahun tidak bersua.
Sewaktu bertemu kami berbual tentang keadan yang akan datang, siapa yang akan berkahwin terlebih dahulu diantara kami, siapa yang akan menjadi peneman ketika waktu salah seorang dari kami kahwin, bagaimana keadaan pelamin dan tema yang kami inginkan, bagimana keadaan teman-teman yang akan hadir ke majlis nanti semua tu menjadi perbualan kami bertiga sementara menanti Amy turun dari pelamin, tambahan lagi kami berebut-rebut nak kahwin dahulu bagi mengelakkan tiada teman menanti semasa majlis kahwin nanti, yelah kalau semua bff dah kahwin makanya bff yang last kahwin tak mempunyai teman yang menanti akibat di antara bff dah mempunyai tanggungjawap mengelek anak or jadi mak buyung..hehe lawakkan.

Selain tu Cikin bertemu juga dengan kawan lelaki sekolah rendah merangkap admire yang tak pernah bertegur sape. Masuk kali nie 3 kali bersua dan bertukar number start 2009, 2010 dan yang terbaru 2013 kali nie juga si dia text Cikin..hahaha apakahh ini semua???
awatlah hang kalut benar Cikin oittt!!!toksah berangan Cikin...haha

Yang pasti Cinta Hati Cikin hanya pada Si Dia ^_^
Muhd Ikbal Bin Awang Kecik a.k.a  Brother Bear
Walau cane terpisah, Cikin sayangkan dia, cuma marah dan ego je yang selalu buat Cikin melarikan diri dari Brother Bear sungguh pun sayang itu ada, kesian dia menahan sabar dengan karenah si katot nie
Insyaallah ada rezki dan dipanjangkan jodoh kite bina keluarga ye abang bear hehehe
lub u abang bear
tapi ingat mak kata bila usia Cikin dah masuk "25 tahun"...




berhati-hati : si suami memimpin tangan si isteri
 bagi mengelakkan si isteri tergelincir sewaktu menggunakan kasut hight hill.


sah menjadi pasangan suami & isteri


 gambar malam sebelum nikah ketika majlis khatam dan malam berinai

pertemuan diantara BFF untuk kali pertama


dulu kami berempat kini kami bertiga, 
siapa yang akan bertukar status bujang masih masih dalam persoalan ???

Apapun tahniah Cikin ucapkan kepada sahabat dan pasangan suaminya yang sama catik sama sepadan bagai pinang dibelah dua.

"dulu sendiri kini, kini berdua, selepas ini berempat" 
kata Amy kepada kami


Amynurasyla & Faisri
 semoga hunbungan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dengan dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha..amin, insyaallah..


doa kami sentiasa bersama mu teman..

Cikin, Amy, Zue, Nana
Best friend For Ever & Ever
(BFF)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan