grafik gerak

22 Februari, 2013

Sweet 24 Club



Alhamdulillah lagi beberapa hari Cikin akan genap usia 24 tahun 1 bulan..opss...telebih 1bulan tok buat entry tentang nie, hehehe..tahun nie hari kelahiran Cikin jatuh bersamaan dengan tarikh kelahiran Rasulullah SAW..
Cikin berasa sangat gembira, Cikin harap dengan permulaan ini Cikin dapat memberikan sesuatu yang lebih baik dab bermakna dalam kehidipan Cikin dan Keluarga.

Tak lupa juga, kelahiran Cikin denagn Mak Cikin dalam bulan yang sama  Januari. Setiap kali sambut BUFDAY Mak pasti tak tertinggal BUFDAY Cikin. maklumlah, 23 & 24 January...



Si Kembar yang tak sabar nk makan kek

Si Puteh yang turut serta  bertopeng

kek blubbery chese





Teh Krisantimum

"Drinking a daily cup of Tea will surely starve the apothecary"


Begitulah peribahasa cina bagi menyifatkan kepentingan meminum teh herba. Cikin suka sangat minun Teh Krisantimum sedap dia sedap dan mudah nak disediakan menggunakan bunga krisantimum kuning atau putih yang telah dikeringkan.

Cara penyediaan mudah je, resukan bunga didalam air hingga mendidih 
kemudian tambahkan gula atau madu sebagai perasa.

Krisantimum nie ada khasiat A, B dan C..

Khasiat A dimana ia kaya dengan beta keratin yang biasanya di miliki oleh buah-buahan berwarna kuning dan herba. Beta keratin ini berfungsi untukmempertingkatkan sistem imunisasi tubuh di samping mengurangkan risiko buta atau hilang fungsi penglihatan.

Khasiat B pula ia kaya dengan  vitamin B seperti "choline" dimana ia mampu untuk mempertingkatkan kadar pembakaran lemak, 'folacin" pula membantu untuk memulihkan sel tubuh. Kandungan "niasin" membantu dalam melancarkan sistem saraf serta usus dan kandungan "riboflavin" mampu untuk membanu dalam penurunan berat badan.

Khasiat C yang terdapat didalam krisantimum dapat membantu dalam mencegah penakit skurvi, menghindari pelbagai masalah mata disamping membantu mencegah dan meredakan selesema.

Selain itu juga krisantimum nie mempunyai kandungan kalsiumyang baik untuk pembentukan tulang dan gigi, zat besi bagi membantu melancarkan aliran darah dan oksigen didalam tubuh, magnesium yang baik dalam mambantu lebih dari 300 jenis fungsi dalaman tubuh dan potasium untuk kesihatan kardiovaskular dan membantu menstabilkan tekanan darah. 




19 Februari, 2013

MenU di UuM..HIHIII

Hari nie membe aku baru balik dari Pahang, dalam kul 9a.m sampai ar dia..siap mandi ape sume dia ajak aku makan..hahahaaa....dia bawa BEKAL...kul 10 pagi tu keteorang dah lunch..menu pagi tu memang bestt, nasi putih, ayam goreng, ulam n makanan orang pahang yang dah menjadi favoraite aku iaitu ayam masak maman...hihiii sejak aku kenal dia nielah aku tau ape tu maman..sedap lor..xdapat digambarkan..nk tunjuk kat korang tp aku xsnap pic masakan tu ar, so korang lau nak tau ape tu maman, korang tnyalah pada membe yang berasal dari Pahang...

lepas makan kiteorg on9 search sana sni...bercotcet tak henti then kebosanan kiteorang men google map .. Sakan masing2 nk tengok negeri sendiri, search punya search, zum punya zum..beriaya2 lah kiteorang nie nk tengokk rumah masing2 lau dapat tengok bumbung rumah pon jadi ar..lastly jawapan dari google map tu ==> ""we are sorry, but we don't have imagery at this zoom leave for this region. Try zooming out for broader look""...hampa da...hanya colour hijau + biru di sulami tompok putih yang kelihatan...
 akhirnya giveup ngn benda tu, mmbe aku p tdo aku lak layan fb bersulamkan nota...

Apelah yang patut di buat ag selain nie..pale aku dh xleh nk ink teori..lagi nk kuakan teori tu ag jenuh..secara tetibe je mmbe aku bngun..10minit dia bngun tetibe ada sore mengatakan... "Ikinn!!!!laparrr!!!" & sepantas lipas aku kata "jom masak!!".. huhhuu pemikiran just nk goreng cucuq tp~~~hehehe teringat tentang telur, tepung adabi, bihun, meggi & bahan2 yang tersedia kat dalam bilik so berlakukanh percanggahan  menu.. dalam 30minit gak kiteoarg berpikir menung2ngan lastly hahahaa idea ku terlaksana.. Mulalah operasi...potong memotong..panas memanas...hahaha...dah macam dapurlah bilik nie...kihkihh...ini lah ciri2 siswa yang tidak patuh...melanggar tatatertib....dah diberitau ""dilarang memasak""...""dilarang menggunakan peralatan elektrik + elektronik"" tp degil..pakai gakk...yelah satu hal ag lau nk gosok baju gimane yer? lau xgune seterika..truttt...truttttttt ape ku kisah yang penting dapat masak memasak...pandai2 lah jaga keselamatan diri & cermat2 lah ble guna peralatan tu sume...

haa nie ar bahan2 untuk memasak...hihiiii...


nie lak ricecooker kesayangan...dah 3sem ricecooker jenama KHIND nie berkhidmat..
macam2 risiko, masalah yang diterima..
tp still cool syhuttt!!!
elakkan bahaya..hihiiiii


haha kari meletup kaw...
nasibek masa masak dia xmeletup2
ibarat gunung berapi muntahkan larva...hihiii

bahan2 utama..


masa menumis....

kita tunggu hingga mendidih yerr...


taraaa...dah ciapp...huhuuuu meggi pon jadi lah
janji dapat hilangkan rasa lapar...^^
masa untuk makan.....bismillah....

korang lau dah pandai gune ricecooker nie..pasti xrasa nk beli peralatan memasak yg lain..hihihiii ricecooker nilah tempat masak nasi, menumis, menggoreng..hahahaa...macam2 boleh..hiiii.....sonang eahh...

18 Februari, 2013

BFF Wedding

Ahad, bersamaan 17 Febuary 2013 tamatlah status bujang, salah seorang daripada BFF Cikin, terharu Cikin dengan status baru dia yang bergelar seorang isteri. Tema perkahwinan mereka adalah Garden dengan sebanyak 4 atau 5 persalinan. Majlis dia sungguh meriah dan secara besar-besaran maklumlah anak perempuan sulung dari 5 adik beradik.

Sepanjang sebelum majlis berlansung Cikin & Zue menjadi peneman Amy manakala Nana tidak dapat hadir pada malam khatam dan berinai disebabkan dia tinggal di JB. Cikin & Zue tidur di rumah Amy, almaklumlah meneruskan tradisi orang melayu di mana bakal raja sehari ditemani oleh sahabat sebelum dan selepas majlis.
Disana jugalah Cikin dapat bertemu dengan bekas rakan-rakan sekolah setelah 7 tahun tidak bersua.
Sewaktu bertemu kami berbual tentang keadan yang akan datang, siapa yang akan berkahwin terlebih dahulu diantara kami, siapa yang akan menjadi peneman ketika waktu salah seorang dari kami kahwin, bagaimana keadaan pelamin dan tema yang kami inginkan, bagimana keadaan teman-teman yang akan hadir ke majlis nanti semua tu menjadi perbualan kami bertiga sementara menanti Amy turun dari pelamin, tambahan lagi kami berebut-rebut nak kahwin dahulu bagi mengelakkan tiada teman menanti semasa majlis kahwin nanti, yelah kalau semua bff dah kahwin makanya bff yang last kahwin tak mempunyai teman yang menanti akibat di antara bff dah mempunyai tanggungjawap mengelek anak or jadi mak buyung..hehe lawakkan.

Selain tu Cikin bertemu juga dengan kawan lelaki sekolah rendah merangkap admire yang tak pernah bertegur sape. Masuk kali nie 3 kali bersua dan bertukar number start 2009, 2010 dan yang terbaru 2013 kali nie juga si dia text Cikin..hahaha apakahh ini semua???
awatlah hang kalut benar Cikin oittt!!!toksah berangan Cikin...haha

Yang pasti Cinta Hati Cikin hanya pada Si Dia ^_^
Muhd Ikbal Bin Awang Kecik a.k.a  Brother Bear
Walau cane terpisah, Cikin sayangkan dia, cuma marah dan ego je yang selalu buat Cikin melarikan diri dari Brother Bear sungguh pun sayang itu ada, kesian dia menahan sabar dengan karenah si katot nie
Insyaallah ada rezki dan dipanjangkan jodoh kite bina keluarga ye abang bear hehehe
lub u abang bear
tapi ingat mak kata bila usia Cikin dah masuk "25 tahun"...




berhati-hati : si suami memimpin tangan si isteri
 bagi mengelakkan si isteri tergelincir sewaktu menggunakan kasut hight hill.


sah menjadi pasangan suami & isteri


 gambar malam sebelum nikah ketika majlis khatam dan malam berinai

pertemuan diantara BFF untuk kali pertama


dulu kami berempat kini kami bertiga, 
siapa yang akan bertukar status bujang masih masih dalam persoalan ???

Apapun tahniah Cikin ucapkan kepada sahabat dan pasangan suaminya yang sama catik sama sepadan bagai pinang dibelah dua.

"dulu sendiri kini, kini berdua, selepas ini berempat" 
kata Amy kepada kami


Amynurasyla & Faisri
 semoga hunbungan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dengan dikurniakan zuriat yang soleh dan soleha..amin, insyaallah..


doa kami sentiasa bersama mu teman..

Cikin, Amy, Zue, Nana
Best friend For Ever & Ever
(BFF)

15 Februari, 2013

Sejarah Solat 5 Waktu

Kali nie Cikin nak kongsikan pembacaan Cikin berkaitan Sejarah Solat yang Cikin peroleh dari pada sebuah buku diari yang Cikin beli semasa di U dulu.

nielah bukunya, Cikin beli dengan harga RM5 buku nie merupakan diari pendek disamping mempunyai  mempunyai isi yang amat berguna untuk dibaca.

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhamad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat baginda ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh keluar, Nabi Adam a.s pun menunaikan solat 2 rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda syukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia Pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu takala Allah SWT memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahin a.s sebanyak 4 rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya.
Rakaan Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya diganti dengan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang menunaikan solat asar ialah Nabi Yunus a.s takalah baginda dikelurkan Allah SWT dari perut ikan Nuh. Ikan Nuh telah memuntahkan nabi di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah nabi lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan itu.

Rakaat Pertama :Kelam dengan kesalahan.
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat : Kelam dalam perut ikan Nuh.

MARGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Marghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s, lalu sembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.

Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tomahan terhadap ibunya Siti Mariam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solah Iayak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaaan dukacita, Allah SWT menghilangkan semua perasaaan dukacitanya itu pada waktu Isyak terakhir. Lalu sembahyanglah  Nabi Musa a.s sebagai tanda kesyukuran.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Mari Membaca

Cikin suka membeli buku tapi nak habiskan membaca sebuah buku mengambil masa yang lama, oleh kerana itu Cikin berusaha untuk merajinkan diri dan menggalakkan diri untuk mengamalkan sikap suka membaca.

Masa sem 4 Cikin berharap sangat agar dapat membeli buku Dr Umum, dan akhirnya pada sem 6, waktu kerajaan memberikan voucher pada mahasiswa ipta/ipts, Cikin terus membeli buku yang Cikin impikan..


Ini lah dia bukunya, siap buh gambar Cikin kat hujung tu, maklumlah nak memberi semangat tok teruskan membaca, pandaikan Cikin posing merenung Dr. M..hehehe..

Buku Dr Umum nie ada 963 muka surat tak termasuk index, pendahuluan, abstrak dan apalah yang berkaitan tu dimana buku nie mempunyai 62 bab.

Cikin start membaca buku nie sejak 24 Januari 2013 (tarikh lahir Cikin tu,heheh) hingga kini baru je sampai bab ke 10 muka surat 151.
Tebal buku nie, tapi Cikin tekat nak habiskan membaca sebab menarik dimana Tun menceritakan segala kisah tentang diri Tun.

Kadang tu tergelak juga bila ada terbaca part yang lucu tentang Tun, selain tu juga Cikin pernah ke Istana Budaya untuk menyaksikan Teater Musikal Tun walaupun duduk di sit yang berharga murah tapi semangat tu ada hingga kini, dan tiap kali baca buku nie Cikin akan bayangkan keadaan seperti yang Cikin lihat di Teater Musikal dan buku sejarah sambil mendengar cd lagu dari teater Tun yang Cikin beli tu.

Puteh my Chayunkkk



Ceteka siapa saya..
Sayalah Si Puteh..

Nielah Puteh, kucing kesayangan Cikin dan keluarga, Puteh di sayanggi sebab dia mendengar kata, manja dan memerlukan kasih sayang. Puncanya, Puteh ada adik kembar nama nya Hitam a.k.a Tam, tapi waktu usianya 4minggu dia mati akibat dilanggar oleh kereta abang ipar ku tanpa sengaja, sejak tu Mak Cikin mula sayang pada kucing iaitu Puteh.

Waktu kecil dan mempunyai saudara kembar, Puteh merupakan seekor kucing yang lasak, suka bermain, lincah dan garang tetapi sejak kematian saudaranya dia menjadi pendiam dan menyendiri akibat dari tulah Mak mula menyayangi Puteh seolah-olah Puteh tu ibarat budak kecik. Dibelai, di xlupa diberi makan dan diberi nama. 

Waktu Cikin Pulang dari U, Cikin makin kerap menggelarkanya Puteh hingga dia tau nama dia Puteh dan bila Cikin dan mak yang memanggil dia akan segera berlari kearah kiteorang, tapi bila yang lain panggil dia buat pekak aje haha menyahut pun tidak.

Ayah Cikin selalu perli Puteh lagi-lagi bila Cikin ada di rumah, Ayah kata "gemok la kau kalau Ikin ada, ikin balik sana nanti padan muka", walaupun pada mulanya ayah garang pada Puteh tapi lama kelamaan ayah pon makin sayang Puteh sungguh pun tak dipamerkan dengan perbuatan secara lansung. Ayah sediakan bekas makan Puteh, dan tak halau Puteh bila Puteh masuk bilik ayah. (Puteh masuk pon sebab Cikin ada dalam bilik bersama mak, hehehe).



Puteh pernah sakit dan kiteorang fikir Puteh akan mati seminggu sebelum raya, puas Cikin menangis sebab dia nanti Cikin takada kawan yang nak diusik n buat luah perasaan. Alhamdulillah Puteh pulang ke rumah 10 hari selepas hari raya 2012. Sebelum tu, waktu Puteh sakit Cikin minta abang ipar bawa Puteh ke klinik haiwan tapi tak sempat bawa Puteh dah meronta-ronta didalam kereta mengakibatkan kiteorang terpaksa meninggalkan dia di Air Hitam. Waktu tu kiteorang berserah je, kalau puteh selamat dia akan pulang semula. Selepas berhari-hari berlalu Puteh pulang semula ke rumah dengan keadaan comot, gembira dan kelakar sangat tengok Puteh waktu tu dengan keadaan comot. Cikin beri dia makan sepuas-puasnya dan kemudia dia naik ke katil Cikin dan tidur sepuas-puasnya.


Kini Puteh dah berusia 3 tahun, Cikin harap Puteh akan sihat sentiasa. Puteh nie ada sikap pelik, dia kuat melatah, takut pada anak & bapak kucing, tidak pandai bergaduh, tak boleh makan ikan bilis, udang, sotong, sardin tapi reti makan aiskrim, kek, biskut selain tu juga dia suka bermain di kubur kawasan rumah kiteorang, kalau di panggil balik cepat-cepat dia balik. Kalau ikotkan Puteh seekor kucing yang penyabar tapi garang. Bila orang usik dia tak melawan hingga dia betul-betul marah baru dia melawan. Pernah sekali Cikin usik dia tapi yang jadi sasaran kain pelekat ayah yang di gigit dia, nasibaik ayah tak kisah.hihihiii

14 Februari, 2013

Bahasa Thai

Cikin : Sawadee..cheu khong chan keu Cikin. Tharn cheu are rai?
Sau :  Sawade, cheu khong chan keu Sau. Tharn ma jark nai?
Cikin : Pom ma jark thed Malaysia. Tharn pood pa sa ang glid dai mai?
Sau : Chan pood dai leng noi. Tharn gum lung pai thee nai?
Cikin : Rao gum lung durn thrang pai  haad yai, pai haad yai ra a tharng glai thao rai?
Sau : Jark thee nee pai theung haad yai pra marn pad sib klomet.
Cikin : Khob koon mark.
Sau : Kho ton rub mark.

Mesti nak tau apa maknanyakan, nie dia..

Cikin : Selamat Petang, nama saya Cikin. Siapa nama awak
Sau : Selamat Petang, nama saya sau. Awak dari berasal dari mana?
Cikin : Saya berasal dari Malaysia. Awak boleh berbahasa Inggeris?
Sau : Boleh tetapi tidak terlalu fasih. awak mahu pergi ke mana?
Cikin : Saya mahu pergi ke Hadnyai, berapa jauh jarak ke Hadyai dari sini?
Sau : Lebih kurang 80 kilometer dari sini.
Cikin : Terima Kasih.
Sau : Sama-sama.

Nielah dia serba sedikit bahasa Thai yang dapat Cikin kongsikan, nie sume hasil pembelajaran Cikin dari Sahabat Cikin yang berasal dari Hadyai, Thailand. Kiteorang berkenalan di dalam Toilet Dewan penginapan Pelajar (DPP) Petronas, bilik kiteorang berhampiran je, dia blik D315 Cikin D318.
Perkenalana kiterang memang satu yang amat bermakna, dia seorang yang clumsy dan penakot, Cikin suka terkejutkan dia di dalam toilet, kadang-kadang Cikin Suka mengusik dia waktu mandi, lebih teruk bila kiteorang terperangkap dalam toilet gara-gara serangan monyet dari luar, huhu tak dapat dibayangkan dan dinyatakan lagi bagai mana perasaan itu.


08 Februari, 2013

Hantaran Origami


hai, famly cikin nie semua ada kepakaran dan kemahiran..ada yang  mahir membaiki moto,membaiki kereta (gen kepakaran membaiki turun dari ayah kepada anak lelaki), ada yang pakar memasak kakak n abg ofcos lah gen emak)..cikin pon apa kurangnya, pakar bertukang..hahaha paku-paku yang ada pada dinding rumah tu semua cikin punya angkara, naik cemuih ayah nak menggeleng kepala..hehe pakar jugakan, pakar betukang..
tang sana cikin paku, tang sini cikin paku..pantang jumpa paku..jadi hantu paku..
Kalau hilang barang-barang tukang haa..tak da sape punya keje lah tu memang cikin lah empunya angkara..hahha maaf lah ayah nak tunggu orang tolong betukang lambat sangat so cikin betukang la sendiri..
opss...tertukar topik plak, jom cerita semula tentang origami dari kami pakar origami..hehehehe. takdalah gurau je, bukan pakar tapi pandai la sitik-sitik..
kali nie cikin nk citer tentang Origami Hantaran Pertunangan abg cikin..abg cikin..bukan hantaran cikin tau..hehehe.. okeh buka mata anda luas-luas...

ha nie hantara dari kedua belah pihak, 
nie baru hantaran pertunangan..yang pink dari pihak lelaki yang biru dari pihak perempuan

nie hantaran dari abg cikin pada bakal tunangnya
 yang telah pun sah menjadi isterinya pd 13/10/2012...

Origami Bunga Rampai

Origami Telur

Origami Basikal

yang nie paling comei..sebab ada aksesori tanduk rusa santa claus..hihi
Origami Duit Hantaran
cantikan kawan-kawan..maklumlah hasil seni...

famly memang menggalakkan apa-apa hasil seni yang kiteorang nak buat, siap bagi cadangan lagi..sentiasa memberi kritikan yang membina
cikin harap cikin pandai macam angah cikin.
Semoga Berjaya Cikin!!!



06 Februari, 2013

Kraf dari Hati Cikin


sawadee..hehhe.. seperti yang di impikan, cikin dah balik ke aitam tok beli barang-barang nak buat kraffelt.
pilih punya pilih, tak banyak pilihan sebab banyak kain yang dah habis, so cikin meronda satu aitam untuk mencari kain felt tu je..dan jumpa jua akhirnya satu kedai yang mempunyai pelbagai pilihan warna kain felt cuma terlupa pula kedai apa..maaf ye tak sengaja...hihi
okeylah balik rumah, cikin excited nak buat sampai telupa nak makan..dan nielah hasilnya..




haa nie lah semua hasilnya..pandai tak cikin buat? kretifkan cikin..macam orang lain juga, hehe...bila excited banyak lah hasilnya, yang tu semua nama-nama anak buah cikin, buatkan tok diorang sebagai hadiah, sebab cikin nie tak mampu lagi nak belikan diorang hadiah yang besar-besar..
ops...lupa pulak, mesti uols rasa tertanya-tanya dengan gambar yang last tu kan..

haa yang nie cikin buat juga..bahan pon senang, cuma guna dawai, plastik then korang pandai-pandailah bentukkan hingga boleh jadi bunga..eh nie bunga raya ke bunga ros??
huhuh xtaulah yang penting bunga..
selamat mencuba..


05 Februari, 2013

Sikap Si Anak

harinie kita belajar tentang sikap seseorang mengikut nombor bilangan kelahiran..
haipp..jgn pecaya bulat-bulat nie sekadar untuk hiburan..hihii

Anak No.1- Berkepimpinan & Tegas
Anak No.2- Penyabar & Kelakar
Anak No.3- Manja & Matang
Anak No.4- Baik & Bergaya
Anak No.5- Baran & Cool
Anak No.6- Ramah & Manja
Anak No.7- Tegas & Lawak
Anak No.8- Menerima & Sabar
Anak No.9- Rileks & Pendiam
Anak No.10- Penyabar & Baik
Anak No.11- Banyak cakap & Kelakar
Anak No.12- Penyabar & Mengada
Anak No.13- Manja & Pendiam
Anak No.14- Baik & Penyabar
Anak No.15- Menerima & Manja


Kalau Cikin ni merupakan anak yang ke-6 daripada 9 orang adik beradik..
Cikin di katakan seorang yang ramah dan manja..

Boleh di katakan benar sebab Cikin manja pada keluarga, terutama ayah..huhu minta aje pape gerenti dapat..Untungkan saya..selain tu juga, anak-anak buah sume rapat dengan Cikin hal ini di sebabkan Cikin suke manja dengan dak-dak nie, nak p mana-mana bawa, nak makan suapkan mereka dulu baru Cikin makan dan Cikin suke melabur duit pada dak-dak nie bila ada duit. kadang Cikin belikan makan, buku, pakaian, stationary dan papelah yang Cikin rasakan berguna tok mereka..
Tambahan lagi, bila Cikin merajuk, marah atau bosan Cikin suka mengadu pada si Puteh...kucing kesayangan Cikin lah..Cikin membebel demi membebel sampai lah si Puteh tidur bila dah selesai membebel hilanglah segala perasaan negatif tu..

Cikin juga di katakan ramah orangnya..betul juga, sebab Cikin suka berkawan, ramai kawan dan di senangi kawan???aik betul ke di senangi..hehhe tak taulah yang pasti Cikin memang ramai kawan dan Mesra Alam..
menegur dan ditegur dimana-mana saja asalkan tidak mendatangkan keburukan...
selain tu juga, ramah Cikin bila budak-budak kecik pon suka dengan Cikin..hihii

Cikin memang suka budak-budak, maklumlah perangai pon macam budak-budak..hihihi

Kraffelt


Wahh excited sunnguh bila tenggok kraf tangan menggunakan kain Felt...nak cuba..nak cuba buatlah nanti.

Bahan-bahan yang digunakan pon senang nak dapat, tinggal servy je kat aitam..comfirm cikin jumpa bahan-bahan yang nak digunakan tu...maklumlah rumah area aitam kawasan yang terkenal dengan tempat membeli-belah bagi pasangan yang hendak melansungkan perkahwinan..

nielah namanya kain felt..berwarna-warni macam pelangi..cikin suke warna-warni...

cantikan, boleh buat aksesori rambut, tudung...

tengok nie boleh buat cover hp juga

naa...yang ini bantal sesuai untuk kanak-kanak..boleh lah cikin buatkan untuk anak-anak buah cikin
tapi banTal yang palinG cikin suka yang bawah nie...
haaa....

haaa nielah..sangat comel sesuai tok dihadiahkan pada pasangan pengantin..
eh...teringat pula..tak lama lagi bff cikin nak melansungkan perkahwinan
boleh lah cikin cube buat sesuatu sebagai hadiah untuk dia nanti...
~~~idea menjelmaaa~~~

gambar yang nie paling cikin suka sebab ada nama cikin..hehehe
sangat cute..macam cikin..(masuk life tekan sendirilah pulak)

cantiknye..kretifnye..pandai sungguh mereka buat design..terpikat cikin..takpe, ye nanti cikin cube..hehehe
semangat dah nie nak mencuba..hihihi

P/S: gambar-gambar tu sume Cikin copy dr google imej.

Brooch Bunga


Oleh kerana cikin excited buat kraf kain felt...kakak cikin, angah pon excited juga dengan bisnes dia...
membuat labuci dan sulam..tapi sekarang nie dia tengah gile-gile buat brooch bunga...
lagi-lagi bila anak perempuan sulong dia menagis sakan minta dia buat brooch untuk di jual pada kawan-kawan sekolah sebab adik cikin pon ada buat jual-jual keychain..dari kain felt..
haha cikin punye kejelah nie, mempengaruhi..
 hehehee...bisness kecil-kecilan derr.




haa nielah brooch yang dia buat pada subuh-subuh hari hanya untuk si anak perempuan tersayang
senyum melebarlah anak buah cikin nie, si along ika..

gambar yang bawah nie untuk labuci-labuci hasil angah bersengkang mata,
kalangan orang yang menempah nie cuma kawan-kawan rapat dan sedara mara..
 kalau tentang pemilihan warna, angah memang akan telefon cikin
walau sejauh kedah hingga sedekat aitam..bila dia takda idea nak pilih warna manik untuk di sulam pada baju..
tak kira masa, time tido(tengahari) time keje (praktikal) time class (masa belajarlah)
haa cikin lah yang di cari, sebab cikin nie suka warna dan tahu serba sedikit tentang pemilihan warna..
hehe (nak puji dirilah sikit, masuk lif tekan sendiri)







cantikkan, pandai tak angah cikin, minat cikin dalam penghasilan kraf dan seni nie pon hasil dari pemerhatian cikin terhadap angahwalau pun hasil nie mungkin kelihatan tak seberapa pada orang yang professional 
tapi bagi cikin ia sudah cukup membanggakan..
love u lah angah..

Merindui Sahabat "SKMPTJ"

Hampir berbulan dah cikin berada di rumah lepas proses hantar Report Praktikum...
Kini Cikin semakin merindui teman-teman yang sentiasa di hati.. Ayu, Lina, Ju, Ifa, Syita, Ila, Tira, Zue, dan ika.. Teman bermain, berkongsi suka dan duka..sungguh pun Cikin ada tiga puak tapi cikin tak pernah lupakan mereka.. Puak??huhu ia terhasil ketika sering berpindah randah..hidup normad lah katakan...yang pasti mereka tetap dirindui... ^_^ Ha, akibat daripada Kebosanan yang terluang di rumah, Kini Cikin habiskan masa dengan belajar Photoshop & making Craft... speciall 4 my friend... nanti bile dah siap sumenya, Cikin akan pos pada mereka..

nie sebahagian daripada teman-teman Cikin..
sorie le..buh gambar belakang, nk prvc muka diorg sikit..hehehe daaaa...


hehe, niela rope sebenar meke..

 
 gambar nie masa Cikin n kawan hangout at Tasik Darul Aman...

gambar nie waktu Cikin n kawan nak hangout ke Perlis
 akibat kebosanan lama menunggu ketibaan putera-putera tak diiktiraf 
kiteorang pon sakanlah bergambo dalam kereta..

Cikin rindu pada mereka semua, taktaulah waktu konvo nanti dapat berjumpa dengan mereka semua atau tak... (^_^!) ?????.......