grafik gerak

12 Oktober, 2012

AKU RINDU BELAJAR DI INSTITUSI

Ya Allah ingat punya ingat, kenang punya kenang amat sayu lah hati aku nie bila terkenang zaman belajar, zaman remaja..tak terlalu fikir tentang masalah dunia yang sebenar..hanya fikir tentang belajar, enjoy bersama rakan..hangout dengan ceria..bila sudah meningkat dewasa baru ku semakin faham setiap perbezaannya.

Aku benar-benar rindu kan sahabat-sahabat ku di sekolah, di universiti dan di tempat praktikal..
Bukan mudah untuk seseorang itu berhadapan dengan segala yang mendatang tapi bagi aku, aku akan sentiasa mengorak langkah kehadapan walau apa jua halangan dan cabaran yang mendatang.

Sungguh pun merindu zaman-zaman tersebut, terdapat pelbagai pekara yang aku xhargai secara sepenuhnya, sedangkan dunia belajar adalah satu dunia yang amat menyeronokkan..

Benar kata bekas lectre ku.."kalau awak tidak hargai zaman belajar awak sekarang ini, awak akan menyesal".. dan benar juga kata guru ku.. " bila awak melangkah ke universiti, hargai lah zaman belajar itu sebab ia zaman yang paling menyeronokkan.." dan "bila awak masuk ke sekolah menengah, belajarlah bersungguh-sungguh hingga ke menara gading"...

Aku dan sampai ke menara gading tapi, apa yang aku alami adalah bukan apa yang di pesan oleh kesemua guru-guruku..aku kosong dengan keindahan yang seharusnya aku alami.
Penyesalah itu adalah satu pembaziran..ia bukan lagi kesilapan yang tidak di sengajakan tetapi kesilapan yang di sengajakan akibat kelekaan dan sikap sambil lewa..tambahan lagi ego yang menguasai mampu menjadikan segala yang tidak mungkin kepada mungkin.

Tiada apa yang mampu di ungkap melainkan, BERUSAHALAH DEMI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK..semoga berjaya..






INGATLAH SETIAP PESANAN TERUTAMA IBU AYAH DAN GURU KERANA 
MEREKALAH KITA YANG SENTIASA MEMBANTU KITA
 UNTUK BANGKIT, BERFIKIR DAN 
MENYEDARKAN KITA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan