grafik gerak

18 Mac, 2011

Amalan kita bersama..


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa di laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak pat...ut.
4. Mengucap Insya Allah jika merancangkan sesuatu di hari esok.
5. Mengucap Laa haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tidak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya . 

Firman Allah dalam surah Al-Baurah Ayat 152 yang bermaksud:
"Maka berzikirlah (ingatlah) kamu kepada ku, nescaya aku mengingati kamu sekalian dan bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu mengkufuriku." 
Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang palin utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah". 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan "La-ilahaillallah" tujuh puluh ribu kali, maka sesungguhnya ia telah menebuskan dirinya daripada Allah s.w.t
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan "La-ilahaillallah" tiada dinding antaranya dengan Allah s.w.t.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
jika tiada ilmu rugi la amalan...ada peristiwa rasulullah SAW dengan sahabatnya.4 sabahat Allah ini ingin tahu tentang apakah sebaik2 amalan..seorang itu bertanya"ya rasulullah kami ingin bertanya apakah sebaik2 amalan"rasulullah menjawab dengan ringkas "ILMU".mereka pelik apabila bertnya knp rasulullah jawab ilmu.seorng lg bertnya ayat yg sama tetapi rasulullah mnjawb jawapan yang sama.dan orang yang ke empat bertnya dengan suara yang agak kuat.dia pun bertnya ayat yang sama dan rasulullah menjawab ILMU ...lps itu barulah rasul berkata ilmu itu penting....dan rasulullah terang tentang ilmu knp meraka perlu belajar,barulah meraka faham knp perlu belajar ilmu.....
Allah berfirman yang bermaksud: “Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah mahu rasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila berlaku 15 perkara itu, tunggulah datangnya malapetaka berupa taufan merah (kebakaran), tenggelamnya bumi dan apa yang di atasnya ke dalam bumi (gempa bumi dan tanah runtuh) dan perubahan atau penjelmaan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain” (Riwayat Tirmizi, 2136)
 
“ Tidaklah seorang muslim tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih daripada itu kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebahagian dosanya.”
( Riwayat Ahmad no.25338 )
Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan.(Riwayat Al-Bukhari)
 “ Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian,dan apabila Allah suka kepada kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, maka Allah redha dan jika dia marah, Allah pun marah kepadanya.” ( Riwayat Al- Tirmizi no.2396)
Abu Zar lah.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunnatnya."
“Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lalai (lupa) kepada (terhadap) diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik.”(Al-Hasyr: 19)
Sama ada Allah melupakan seseorang atau menjadikan dirinya lupa pada diri sendiri, kedua-duanya adalah hukum kepada mereka yang melupakan Allah di dalam kehidupan seharian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Mereka (orang-orang munafik) melupakan Allah lalu Allah melupakan mereka.”(At-Taubah:67).
Dalam memilih kawan, Luqman berpesan: "Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya."
Luqman Al-Hakim ketika menasihati anaknya supaya bertakwa ketika melayari hidup ini: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat."
Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam dalamnya. "Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.
"Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu." Begitu bernas nasihat Luqman kepada anaknya supaya menjadi seorang beriman dan bertakwa kepada Allah. Kata-katanya mengandungi makna tersurat untuk difikirkan oleh kita semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan