grafik gerak

04 Disember, 2010

Surat.. Adam & Hawa..

Sesuatu yang menyentuh hati.. Sungguh menyentuh hati..rasa begitu membuka minda.. Harap anda semua gembira bila membaca artikel ini...
^_^


SURAT DARI HAWA UNTUK ADAM.

Adamku.. kau sebenarnya imam & aku makmummu kerna kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah kau kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. akalmu 9 & nafsumu 1, akalku 1 & nafsu ku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tangan ku kerana jika kau lalai, maka lalai lah aku. wahai Adam, kau punyai aku segala lalai & lupa, sering tergelincir ditolak nafsu & konco-konconya.
      Adamku, ajari aku agar menjadi insan yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutlah dengan iman & taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya tunduk, hormat & patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otak ku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju NUR AL-JANNAH. Tarbiahlah aku supaya kelak aku menjadi calon Srikandi Solehah. Bantulah aku  dalam menyemai sifat Mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati & kasih laksana Siti khadijah, sezuhud & sepatuh Rabi'atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas & semurni hati Halimatul Sa'adiah juga segagah & seteguh Naila Al-Farashiyah yang tegar membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.



cantikkan....



SURAT DARI ADAM UNTUK HAWA.

Hawaku, aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta  duniawi sebaiknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu.  Aku lebih suka kata-katamu barhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah jika kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol Mar'afatonah.
       Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah hati dengan dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasilah peribadi dengan Mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau di cipta dari tulang rusukku yang bengkok, namun ada tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa, kelak Hawa ku ini bakal menghuni Al- Firdausi


saya cinta awak kerana Allah..



Amacam??? ape perasaan korang bila baca artikel tu??? Tersentuh hati x??? Aku peroleh cerita nie pon masa aku sertai forum "Ketika Cinta Sedang Bertasbih" 13/10/2010 kul 9-11p.m bertempat di Dewan Bukit Kachi  aku nie..program nie dak2 masjid yg wat, memang best dan banyak sambutan...tapi sayang penceramannya aku xingat..hihiii sori.. Diorang ada sediakan brosure untuk di bacaan sementara menunggu..daripada brosure tulah aku peroleh cerita nie..aku simpan sebab aku suke..so aku share lah ngan korang, bagi mane2 member yang xberkesempatan tok datang malam tu leh ar baca tp nie sampingannya je...hihiii nk cerita lebih2 tentang program nie xmampu aku...lagipun waktu tu aku xdapat tunggu hingga ke akhir program sebab waktu tu salah seorang daripada sahabat aku sedang bersedih diatas pemergian sahabat baiknya ke rahmatullah... Sebagai seorang sahabat seharunya kita bertindak untuk menenagkan perasaan mereka...aku yakin jika korang kat tempat aku pon korang akan buat perkara yang sama...^_^  Haa, gambar yang ada tu aku copy daripada blog & laman sosial orang tp xbnyak lah..hihiii comel sangat kan...love it!!

3 ulasan: