grafik gerak

29 Disember, 2010

g0 2 sch00l

arini p sekolah teman mmbe amik sijil STPM..huuhuuh keinginan nk jumpa ngn sume cikgu2 yg mngajar xdapat..maklumlah datang pada waktu yg kurang tepat..time org ngn sibuk mguruskan jualan buku semperna pembukaan persekolahan..yg aku dapt jimpa just puan Aliza, puan Zubaidah n en. Ananthan..hihi tp papepon aku dapt jumpa ngn diorang, n futhrmore aku dapat gak jumpa ngn my bestfrendz.... "INA" lama xjumpa, dia still mintain..huhuhu xemok xkurus,,yg sedang2 saja..hhihiii...
skrg nie aku kat cc teman diorg..adik dia nk isi borang kemasukan IPTA..AKU JUST TLNG DIORG, SKIT2 JE SELEBIHNYA AKU fb, tagged n blog nie..hihihiii....
ku harap pasnie dapat p sekolah ag ngn ina...n dapat berjumpa ngn semua cikgu2 yg telah mengajar aku..rindu kat diorang..huhuhuhuuu.........

10 Disember, 2010

exam oh exam!!!

tertekannya dengan exam..dah ku cuba atasi namun tetap begini...setiap soalan yg ku target kua, xmgena langsung....exam eko, xda gap antara class & ulang..kaji, pentadbiran kewangan secara tetibe jadi keliru..sedangkan dah prepare!!
ada masa terluang ku cuba fahami setiap teori2 yg lect soh baca...ku paham punya paham..tu pun amik masa...sambung p exam STID..waa aku bace note english...rupanya soalan dwibahasa..ku harap ianya membantu pointer ku... sepanjang sem aku mengalami benda yang sama, exam berderet....tapi tidak lah seteruk kali nie yg membuatkan aku rasa begitu down...dinamika kumpulan, pengurusan sumber manusia & etika...sume exam pagi silih berganti!!!!! arghh kesilapan kerana xtau yang aku boleh mintak HEA ubah jadual!!aku xbuat sbb xtau..kenapalah aku leh binggung??? hrmm tadi jawap exam dinamika..aku rasa begitu kelam....rasa putus asa pon ada masa jawap soalan tu...rasa nk melalak, meraung aje..nie ada dua subjek ag..human resource examnya esokk..argghh ..nie aku xmampu nk membaca, memahami ag mengingatii..kenapa lah, nafsu mengantok lak sentiasa meluak2, bab pening tu jgn dikata sentiasa ada..adoiii masalahhh!! terpaksa lah minum cafein...yg sememangnya xsesuai untuk tubuh aku nie...then lusa exam etika..warhh aku keliru menjadi buntuuu!!!....xtau ape ag dah nk wat...dimanakan semangat ku iniiiii??? bangkitlah semangat ku, jgn kau menyepiii!!!! adesssss

mimpi semalam jangan kau menghantui diri ku lagi...aku mimpi aku kene buang U sebab pointer terlalu tidak mengizinkan aku untuk terus menapak di UUM...argghh selisihh malaikat 44..mintak dijauhi dari segala kecelakaan, musibah dan kesedihan...
keputusan ditangan aku...teruskan usaha mu cikinnn!!!jgn giveup..syitan suke pada org yg giveup..skrg nie dia tgah ketawekn ko tau x!!!

07 Disember, 2010

MUHARAM






As salam...sedar xsedar rupanya dah masuk bulan Muharram...dah masuk tahun baru azam pon mestilah baru..tapi xsemestinya...kiranya azam kita pada tahun yang sudah masih xtercapai kita mesti ada perasaan tekad untuk mencapai azam yang telah kita rancangkan tu...kat snie aku ada sediakan beberapa output untuk bacaan korang berkaitan Bulan Muharam...aku peroleh nie dari www.ashtech.com.my , selain untuk santapan minda aku, ianya juga untuk santapan minda korang... Sama2lah kita mencari & berkongsi setiap ilmu agar ia berkembang, selain menyampaikan kita juga mengingati...
                                                                                               
MUHARAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1.     Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.     Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.     Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.     Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.     Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.     Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.     Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.     Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.     Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.  Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.  Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12    Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.  Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.  Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.  Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.  Allah menjadikan 'Arasy.
17.  Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.  Allah menjadikan alam.
19.  Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.  Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1.     Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.     Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.     Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4.     Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
5.      RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as)    melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.


Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. 

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. 

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. 

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.
7.

Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
* Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. 
* Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf.
* Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
* Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.
* Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini.

Nama- nama Kaabah:-                      

Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub. 

Nama-nama lain adalah:
  • Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima.
  • Bayt ul Haram - rumah dihormati. 
Kaabah dibina semula 12 kali.
Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.

Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah. Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
- Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
- Dinding Hatim adalah 33 kaki
- Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
- Dinding Barat adalah 46.5 kaki

Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). 

Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). 

Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish

Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.





05 Disember, 2010

bUfDaY gUrLz~~*~~*~~


selamat ulang tahun kelahiran ku ucapakan kepada sahabatku syita & lina..semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan mu & dipermudah kan setiap urusan mu...ku harap hubungan yang kita bina ini akan berpanjangan, walau terpisah beribu batu, walau xbersua muka, tak sampai tangan tok berpadu...namun kita masih menatap bulan & bintang yang sama...memijak bumi yang serupa...berbeza arah, area dan desa itu bukan halangan yang disengaja.... tak lupa pada sahabat yang lain....ifa, jue, tika, ila & ct...sempoi tapi bahaya...hihiiiii

Pape pon gud job pada pengarah projek puan ifa yang dibantu oleh mun sebagai jurukamera, kpd actor yang bijak memainkan peranan ikin & jue...hhihiii aku lah tuu..pastu kepada biro makan, yang bersusah payah membawa makanan dari block H ke kawasan block D...ika, ila & ct....tak lupa gak pada biro khas iaitu akmal & is...hahhahaa

akmal....syabas ku ucap padamu kerana berjaya mandikan lina dgn cecair tepung...hingga terasa enak jika di goreng...hihiiii manis gitu...akhirnya tempias titisan tepung terkena pada diriku semula... 

is lau bab makan ko je yang menjadi raja...hilang sume makanan selepas kiteorg puas berlari2an..hihiii lau ko xda pon susah gak..ti xda orang yang jadi tukang makn..& ko memang bersih time tu...xterkena walau setitis cecairan....tindakan yang bijak dalam "mengelak cara makan"hahhaaaa..xperr....lain hari ko xleh mengelakk..^_^

syita..ko memang dak maraton...xsanggup ku nk kejar ko bila ko telah berjaya menyalit tapak tanganmu di muka ku...kerana ku xmampu tandingi ketangkasan kakimu berlari...

ju..ko orang yang di aim sangat..bila waktu nk selebrate bufday nie...ko mesti menjadi sasaran utama...ntah kenapa..kasihan deh ku lihat..xmampu ku nk bantu..sebab aku pon nak ngelak dari di perkenakan ko..hihiiii....^_^

ika & ila..korang kene cecair tepung tak???huhuuu ku xpasan ar..yang pasti korang nie memang pantas dalam bertindak...dalam sekelip mata hilang..rupanya korang berada di tengan kawasan lapang, sedangkan yang lain berlari larian mencari sasaran...

ct kamu selamat kerana kamu awal2 ag dah ada meeting..so dapat terhindar, lau x, pasti kamu pon bakal terkena calitan cecair itu....

ape pon...malam yang mengembirakan..sungguhpun plan yang sentiasa dibuat tak terikot.namun otak2 kreatif dapat menangani situasi begini...hihiiii xdapat makan desert & abc...seperti yang dirancang..namun plan kelentong untuk mengukur baju bagi program baksis berjaya menarik syita untuk menghadirkan diri ke block D & lina yang tiap masa on..bila ingin di bawa...hihiii

k, lah sampai sini je..aku pon da ngantok...ti nk study..hahhaaa tulat dah exam..study lom puas bersukaria sampai xlarat..hihiiiiii...

peristiwa 04/12/2010 akan menjadi ingatan... syita bufday 3/12 & lina 7/12.......pasa bulan yang akan datang xtau ag ape yang bakal terjadi...hihhii abis ar aku ngn ika...prepare for the fight...hihiii.....be carefull cikin...detik demi detik...hari demi hari...masa demi masa...segala2nya membawa sejarah bermakna.... ^_^

sasaran utama....


ifa sebagai pengarah projek...dibantu oleh mun sebagai jurukamera



persoalann mereka...adalah berkaitan jalan cerita yang telah di rancang, tp bukan yang dialog yang dikarang...hihiiii
wakenabebbb!!!!




gambar selanjutnya akan ku publish selepas aku berjaya merompakknya dari album syita....
nantikan ye...hihiiiiii...............................................................

^_^                                                                               


hahaha aku dh p merompak...nielah gmbar sekian2nyerr.....sikit je yang aku ...masukkn..




memang khas betol.....

mangsa & pemangsa...


bukan sengaja tapi tu yang dirancang...
datang dalam keadaan suci murni...balik dalam keadaannn...hihiihiiii


yang jelas ketara perbezaan dari permulaan & pengakhiran...... ^_^

gunakanlah pencuci serbuk
bo0m,,,bio zip...feb t0tal...bla..bla..bla.....
lau xhilang gak kotoran, korang gune pertol & api...hihiii sure berkesan...






akhir kata...tiada yang indah melainkan sayang, tiada yang dikenang melainkan sejarah yang dilalui.....inilah suka duka....yang membentuk kehidupan....
dari CIKIN CYG
.....

04 Disember, 2010

Surat.. Adam & Hawa..

Sesuatu yang menyentuh hati.. Sungguh menyentuh hati..rasa begitu membuka minda.. Harap anda semua gembira bila membaca artikel ini...
^_^


SURAT DARI HAWA UNTUK ADAM.

Adamku.. kau sebenarnya imam & aku makmummu kerna kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah kau kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. akalmu 9 & nafsumu 1, akalku 1 & nafsu ku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tangan ku kerana jika kau lalai, maka lalai lah aku. wahai Adam, kau punyai aku segala lalai & lupa, sering tergelincir ditolak nafsu & konco-konconya.
      Adamku, ajari aku agar menjadi insan yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutlah dengan iman & taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya tunduk, hormat & patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otak ku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju NUR AL-JANNAH. Tarbiahlah aku supaya kelak aku menjadi calon Srikandi Solehah. Bantulah aku  dalam menyemai sifat Mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati & kasih laksana Siti khadijah, sezuhud & sepatuh Rabi'atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas & semurni hati Halimatul Sa'adiah juga segagah & seteguh Naila Al-Farashiyah yang tegar membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.



cantikkan....



SURAT DARI ADAM UNTUK HAWA.

Hawaku, aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta  duniawi sebaiknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu.  Aku lebih suka kata-katamu barhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah jika kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol Mar'afatonah.
       Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah hati dengan dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasilah peribadi dengan Mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau di cipta dari tulang rusukku yang bengkok, namun ada tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa, kelak Hawa ku ini bakal menghuni Al- Firdausi


saya cinta awak kerana Allah..



Amacam??? ape perasaan korang bila baca artikel tu??? Tersentuh hati x??? Aku peroleh cerita nie pon masa aku sertai forum "Ketika Cinta Sedang Bertasbih" 13/10/2010 kul 9-11p.m bertempat di Dewan Bukit Kachi  aku nie..program nie dak2 masjid yg wat, memang best dan banyak sambutan...tapi sayang penceramannya aku xingat..hihiii sori.. Diorang ada sediakan brosure untuk di bacaan sementara menunggu..daripada brosure tulah aku peroleh cerita nie..aku simpan sebab aku suke..so aku share lah ngan korang, bagi mane2 member yang xberkesempatan tok datang malam tu leh ar baca tp nie sampingannya je...hihiii nk cerita lebih2 tentang program nie xmampu aku...lagipun waktu tu aku xdapat tunggu hingga ke akhir program sebab waktu tu salah seorang daripada sahabat aku sedang bersedih diatas pemergian sahabat baiknya ke rahmatullah... Sebagai seorang sahabat seharunya kita bertindak untuk menenagkan perasaan mereka...aku yakin jika korang kat tempat aku pon korang akan buat perkara yang sama...^_^  Haa, gambar yang ada tu aku copy daripada blog & laman sosial orang tp xbnyak lah..hihiii comel sangat kan...love it!!

02 Disember, 2010

Rindu Aku pada Mereka..

Aku Rindu pada Mereka..
Assalamualaikum...

Seronoknyanya bila bangun pagi2 dapat hidup udara segar ditambah lagi dengan sinaran matahari pagi...hihiiii rasa hidup bebenolah diri nie...mana xnya dah berabad aku xp jenguk luar bila bngun pepagi...syukurlah Allah s.w.t masih lagi membenarkan aku untuk hidup di dunia nie..

     Korang tau x ape perasaaan bila korang hayati sebenar2nya sinaran pagi tu?? aku lau dapat sinaran pagi tu, aku rasa bersemangat bebeno..segar badan,minda...xleh nk kata lah..korang alamilah sendiri lau bleh..bangun pagi dalam kul8 korang dah siap2...pastu korang p lah buat aktiviti luar sampai kul 10..tgok pokok2 yg menghijau, beburung yg berkicau,huhuuhu..syokk habis...lau korang tau menilai & menghayatinya..mesti korang rasa xrugi bangun pagi2...tp lau suka dok lena atas tilam tu xleh nk kata pa lah...ikot suka koranglah.. ^_^

    Aku nie orangnya suke benda yg berSENI..ape2 yg aku tengok aku mesti kaitan dengan seni...hihiiii sampai mmbe pon kata, "ini lah budak seni"... hahaa..nk kata sangat2 berseni tu xda lah..tp lau ble ku nk kaitakan sume benda dgn seni..hihiii...kat U pon aku still amik subjek seni..macam KO-K "SENI LUKIS" lukisan yg korang pk ntah pape tu lah yg berseni hihihiii...xdalah aku saja je kata gitu...nk bagi feel skit.. seni nie ada nilai2 dia yang tersendiri..lau adik2 korang yang baru belajar melukis tulah seni...seni pemikiran diorang zaman kanak2....jgn korang kutuk lukisan diorang dah ar...cianlah...sekurang2nya bagi semangat soh diorang cite balik apa makna disebalik lukisan tu...mesti korang akan gelak sakan...bile dengo cite diorang..cam aku ar..kat rumah ank2 buah aku suke melukis...pantang aku pegang barang2 untuk mewarna gerenti diorang joint same..haa aku x kisah bagi aje..lepas siap diorang lukis ku soh diorang cite lukisan diorang..xleh tahan ketawa..nk berguling2 tp syok,,,sbb kita dapat pk.. "mesti zaman kanak2 aku cm nie"...'warna ape yg aku suke guna"...memag kretif ar dak2 nie..sampai ape yg diorang wat pon aku xpernah terpk nk wat!! hhiii..tulah kanak2 yg suci ag murni..

     Haaa, korang tau xknp aku soh dak2 tu cite semula lukisan tu???? korang mesti xterpk punya kan... ^_^ mehh aku kc tau...sebabnya..first...aku nk latih diorang untuk "membentuk cara berfikir dengan baik"..Melentur Buluh Biar Dari Rebung...korang suruh diorang lukis impian mereka bila dah beso, mesti diorang lukis..aku dh try bab tu ar aku cakap...dari kecik ar kita ajar lau dh beso dia kan fikir secara rasional bila nk buat keputusan..sebab time sekarang ni walau pon masih kecik diorang dah pandai buat keputusa..lagi2 ble nk membeli barang......second...aku nk diorang "hilangkan rasa malu" untuk menceritakan apa yg tersirat dalam lukisan tu...hahahaa masa nk soh dak2 tu cerita..komain payah..dia tolak dia...last2 aku soh men undi.. terkekek2 diorang nk cite..maklumlah malu...tp aku berjaya ape..skrang nie...diorang dah sekolah rendah..xda rasa malu bila nk berkomunikasi, xda menangis xnk p sekolah gara2 malu @ takot..tp lau sebab lain adalah..hiihhiii...memang aku ketawa bila diorang bercerita tp azam diorang tu yang wat aku suke... "xpe cikin ketawa kita xkisah, nanti kita nk wat yg lagi baik, lagi cntik dari yang nie" haa tu lah yg seronok aku nk dengar..pastu aku tuntut kata2 dia..xixixiiiiiii... ^_^ yang ketiga plak sebab aku nk "eratkan hubungan" aku dgn diorang...hihihiii memaglah dari kecik aku dah jaga diorang..tp lau kita x cuba untuk berkomunikasi, bergurau tunjukkan kasih sayang diorang pon akan rasa terasing ngan kita..xbanyak tapi sikit tetap ada...skarang nie pon aku dah jauh..xda sentiasa dngan diorang balik pon bergantung pada cuti...niat hati sebenarnya nak balik lagi lewat...nk p joiny baksis kat YAN tp ble ingat luahan hati dak2 nie..xjadilah..tambahan ag ada keje yang lom aku selesaikan kat sana..

     So, pada korang2 yang masih ada adik2 kecil anak2 buah tu, pandai2 lah komunikasi dengan diorang.seronok tau..hihiiii...aku nie rindu kat adik bongsu & ank2 buah aku..tu pasal ar cite..nie pon diorang sume tak sabar dah nak tngu aku balik..yang paling aku terharu, nak ketawa, nak nangis bile kakak sampaikan luahan hati ank buah yang usia 3 tahun..."mak sekolah cikin dekat x??mak pegilah amik cikin balik.." hihiii ni lah salah satu karenah ank2 buah aku..hihiii... yang adik bongsu lak kta.."akak bila nk balik, brapa haribulan?? kita nk kira tinggal bape hari lagi akak nk balik""... tak lupa gak yang mengirim.. hihiii insyaallah...lau ada kesempatan & mata wang aku xlupa nk belikan ole2...hihiii....

hidup ini begitu indah jika kita bijak dalam menikmati,
kisah sejarah kita selama ini adalah apa yang kita lalui,
suka duka dlm kehidupan menjadi memori yang mengisi ruangan,
setiap peristiwa adalah guru dalam kehidupan,
setiap kata2 adalah semangat perjuangan..

Kehidupan..someting, nothing, important?? "its everyting"

2.OOa.m 02/12/2010

Assalamualaikum..

Ada pembaca kerr??..xtaulah yg penting aku nk gak bercotcet..xda orang baca aku leh baca sendiri..untuk kenagan & kepuasan hati..hihiiii, tp lau ada pembaca...ku ucap terima kasih kerana sudi membaca...bukan nk cari publisiti ke apa, tp sesaja nk bercerita...juga peringatan kepada sume..yg buruk datang dari diri aku..yg elok2 tu sume datang dari yg MAHA ESA...

'Someting Is Better Than Nothing' itulah kata2 hikmat guru ku, yang aku pegang selama ni hingga membawa aku melangkah terus ke dalam Universiti...

Hidup ni terlalu indah hingga membuatkan kita alpa pada yg seharusnya.
"nk wat caner...banyak sngat pilihan dalam dunia nie..pasal tu lupa" haha nie aku yg kata...tp mmg betulahkan, dalam hidup ni kita diberi banyak pilihan..samaada kearah kebaikan atau keburukan..tu sume kita yg pilih, keputusan ditangan kita.. masa depan kita yg tentukan bukan org lain..haha..macam aku skrang ni..minggu depan dh nk exam..tp study..huhuhiiii lebih study hiburan dari  study akademik..
apalah nk jadi..mengeluh tu mengeluh gak..tp kesedaran masih xda..masih canie apa guna..member2 aku sume berlumba2 study..aku masih begini... kata2 yg sering aku dengar & ikut..."relax ar, lama lagi nk exam".. pada hal tinggal seminggu je lagi..yg aku p ikot kata2 diorang tu ntah ape kene gaknnye...ape diorang ke yg tentukan kejayaan aku????....hihiii entah lorr..tp pape pon aku akan study hard to exam minggu depan...huhuhuu ingat nur..4 subject yg ko kne study..bkn 1..lau ko gagal bermakna ko hampakan mak,ayah, abang, kakak yang telah berusaha untuk menaggung ko di sini..dan ko juga menghampakan adik2 ko yg sedang dialam sekolah untuk mencontohi jejak langkah ko.. ingat... dalam hidup ni kita berusaha menjadi yg terbaik bukan berusaha menjadi no1....

p/s ::: study2 gak, ALLAH swt jgn lupa..lau study hard tp xdapat keredhaan-NYA..xbleh...gak...xmemasal je korang jadi nyesal..coz study smpai lewat malam tp result tetap bkn yg terbaik...
    ::: gud luck to all my frndz yg menghadapi exam...semoga Allah mempermudahkan setiap urusan kengkawan sume...
    ::: thanks 4 read...